Berhenti Bersembunyi


“kamu semakin jauh daripada islam. Kamu lebih sukakan hiburan..” kata seorang rakan guru semalam kepada murid-murid seusai ceramah israk mikraj.

Rakan guru tersebut (mungkin juga rakan-rakan guru lain) berasa geram kerana kebanyakan murid mulai bersembang sedangkan penceramah belum lagi turun daripada pentas. 

Bergerak saja penceramah ke kantin untuk kudapan, murid-murid terus dihadiahkan dengan tazkirah percuma oleh guru bertugas.

Gambar hiasan

Tidak mudah mendidik manusia apatah lagi anak remaja orang lain. Usia di mana seorang anak berusaha mencari identitinya dan mahu diterima dalam kumpulannya.

Aku masih ingat beberapa kejadian aku ‘mengejar’ beberapa orang murid perempuan yang ponteng solat. Sangat menyedihkan. Aku tidak tahu mereka melarikan diri daripada siapa. Akukah? Atau Allah?

Akhirnya mereka tertangkap dan nama mereka diserahkan kepada ustazah untuk tindakan seterusnya.

Sedih mengenangkan segelintir murid yang lagaknya jauh daripada agama. 

Mereka sepatutnya bersyukur dilahirkan dalam keluarga islam.

Andai mereka tahu betapa sukarnya mengamalkan islam di dalam keluarga yang bukan islam, tentu mereka akan sujud syukur.

Aku masih ingat aku solat sembunyi-sembunyi di awal islamku. 
Sembunyi-sembunyi dari rakan islam lain kerana aku belum sedia ‘mengumumkan’ pengislamanku.
Sembunyi-sembunyi dari rakan segerejaku; kerana aku bukan seorang yang sabar dengan hinaan. Aku jenis suka membidas dan menjawab.
Sembunyi-sembunyi dari ibuku, ayahku dan orang kampungku. 

Sembunyi dari ibu adalah yang paling sukar.

Aku akan naik ke tingkat atas rumah panjang dan kuncikan pintu bilikku setiap kali waktu solat. Rumah panjang tiada elektrik. Tiada elektrik bermakna tiada kipas. Jadi bayangkan solat zohor di tingkat atas rumah panjang; panas membahang dan air peluh mengalir laju seperti mata air.

Klik Kedai Gloria. Ada barang baik untuk follower

Pernah ibu memanggil semasa aku baru hendak memulakan takbir. Aku terpaksa batalkan solat kerana teringat pesanan seorang ustaz, sahut panggilan ibu walaupun ketika sedang solat. Selepas menyahut panggilan ibu, barulah aku memulakan semula solatku.

Adegan sembunyi-sembunyi itu tidaklah lama. Aku tidak boleh terus berpura-pura terutamanya pada ibu. Hanya perlu tunggu dua hari selepas ibu tiba di kampung dari Brunei. 
Aku ceritakan pengislamanku kepada ibu dengan hemah inshaAllah.

Sebaik sahaja aku membuka rahsia pengislamanku pada ibu; terasa seperti melepaskan beban yang berat. Lega yang teramat.

Sebaik sahaja ibu tahu, barulah aku selesa ‘mengumumkan’ pengislamanku kepada orang lain. Aku tidak perlu bersembunyi lagi.

Aku tidak perlu melarikan diri lagi.




Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati