Kenapa Nenek Perlukan RM10,000?

Bismillah...

Lewat petang tadi indai call..
"Nenek awak nak jual tanah"
"Berapa?"
"RM10,000. Tanah seluas 1 1/2 ekar"
"Tanah bergeran" indai menambah.
"Kat mana?"
"Tanah kebun menghadap ke rumah panjang lama"

"Kenapa nenek nak jual?"
"Nenek perlukan duit. Lagipun tiada sesiapa yang tolong nenek usahakan tanah tu"

"Saya tiada cash sebanyak itu sekarang. Saya tak boleh beli. Anak-anak nenek ramai. Cuba tanyakan mereka. Mungkin ada yg berminat"


"Mereka lagilah tak berduit"
"Tanya anak-anak mereka, ramai yang dah bekerja. Mungkin ada yg berminat"

Anak-anak nenek yang masih hidup ada 8 orang termasuk indai. Kebanyakannya kerja kampung saja. Ada juga yang dah pencen termasuk indai. Nenek (dan datuk) kini tinggal bersama pak cik (adik lelaki bongsu indai. Dia bekerja di Brunei. Seminggu sekali dia pasti balik kampung melawat nenek).

Tanah kebun itu menyimpan seribu macam kenangan kepadaku. Di tanah itulah kami bermain, berlari-lari dan bersantai menikmati buah-buahan kampung. Aku percaya bukan mudah untuk nenek mengambil keputusan untuk menjualnya.

Tanah itu terletak agak jauh dari rumah panjang baru kami. Betul-betul di tepi sungai. Tapi ada jalan tak berturap menghubunginya dengan dunia luar.

Aku masih ingat sekitar tahun 2001-2002; Jalan tak berturap itu menjadi jalan alternatif orang kampung untuk berulang-alik ke pekan jika hari kemarau (tidak hujan). Kereta-kereta diletakkan di tepi sungai, Jalan itu juga yang aku lalui apabila balik kampung. Kadang kala singgah dulu di kebun nenek. Jika nenek (dan datuk) tiada di kebun, aku akan melambai-lambai tangan ke rumah panjang atau bunyikan hon; berharap ada orang kampung mengambil aku dengan perahu panjang mereka. Biasanya datuk yang akan datang (Rindunya pada wajah tenang datuk)

Ya Allah, betapa indahnya kehidupan di kampung itu dulu. Betapa tenteramnya suasana kampung di tepi sungai, di kelilingi hutan dan kebun-kebun. Dunia terasa luas dan selamat.

Apabila air pasang atau musim hujan, jalan itu akan dibanjiri air atau sekurang-kurangnya berlopak; kerana kawasan tanahnya rendah. Selagi jalan itu belum banjir selagi itu akan aku harungi jua, walaupun terpaksa memandu hanya 10-20/kmj.  Jalan alternatif lain berseberangan dengan SK Lubok Tekurok (sekolah rendahku dulu). Memang ada beberapa perahu panjang menunggu tapi tiada 'pemandu'. Jadi nak tak nak terpaksalah menunggu 'pemandu '(orang kampung yang bekerja di bandar) balik daripada kerja, Biasanya jika balik kampung melalui jalan ini,'temujanji' perlu dibuat terlebih dulu; Jika tidak meloponglah berjam-jam di situ. Ramai yang memilih berjalan kaki kira-kira 5km menyusuri tepi sungai; melalui kampung lain, meredah denai berselut, melawat kubur sehinggalah sampai ke kebun nenek. Memang agak mencabar tapi aku merindui suasana itu. Ada keindahan dalam cabaran itu.

Aku tidak tahu kenapa nenek perlukan RM10,000.

Apa yang aku tahu nenek tiada kudrat lagi untuk mengusahakan tanah itu. Nenek sudah tua. Tanah itu jauh. Tanah itu sudah lama terbiar. Anak-anak sudah ada bahagian masing-masing. Sudah ada kehidupan masing-masing.

Aku berharap sangat ada cucu-curu nenek yang lain yang akan membelinya. Bukan orang lain.



Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

MURTAD JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA