Kawan Terbaik Sekolah Menengah


Pengalaman bersekolah menengah terutama menengah atas adalah pengalaman yang paling menyeronokkan😊

Semasa tingkatan 5 aku mempunyai 5 orang kawan baik. Jadi kami ada 6 orang. Kami berenam duduk di barisan pertama dan kedua paling depan di dalam kelas. Aku duduk di barisan kedua paling tengah. Kami menamakan kumpulan kami Goddes of Roses (nama ini diambil pengaruh daripada cerita dongeng yang popular akhir tahun 1980an)

Kami agak nakal (ala..nakal-nakal remaja; tetapi masih tetap pandai menjaga diri). Nakal kami di kalangan kami sahaja.(sesekali cikgu-cikgu pun kena bahan oleh kami😂)


Walaupun kami 6 orang. kami ada kawan rapat masing-masing. Rose dengan Winie. Simba dengan Madu. Saya dengan Monica. Dalam 3 pasangan ini; Rose dengan Winie paling nakal dan mereka juga yang paling cantik 😍.
Rose si hitam manis berambut ikal hitam keperangan semulajadi. Berbadan lentik dan mempunyai bentuk muka yg sangat sempurna. Bagi aku dia yang paling cantik. Simba dan Madu pun boleh tahan. Simba adalah yang paling comel, berkulit putih kuning dan pandai mengambil hati orang; berjiwa keibuan. Madu si hitam manis yang suka diambil perhatian. Saya dan Monica adalah pasangan si kurus (ramping sebenarnya. hahaha) dan si montel. Kami adalah si cerdik dalam kumpulan ini.

Masa tingkatan 5 aku menjadi ketua kelas dan mempunyai daya saing yang sangat kuat untuk menjadikan kelas kami yg paling cantik dan ceria. Aku tidak perlu menghimpunkan seluruh kelas untuk usaha ini; cukup 5 orang kawanku ini menjadi penolong. Dan mereka memang penolong yang terbaik terutamanya Monica dan Simba (aku sangat merindui mereka). Hampir setiap minggu kelas kami menjadi juara. Memang terbaikkklah. Dan ia menjadikan aku pelajar yang agak popular ketika itu.


Aku bukan sahaja popular disebabkan aku ketua kelas ‘terbaik’ (konon); tetapi juga disebabkan aku adalah pelajar no 1 dalam kelas berkenaan dan keseluruhan tingkatan 5 pada masa itu.(bukan memuji diri sendiri tetapi ini kisah benar). Ini sekolah menengah pedalaman. Sekolah asrama harian. Kami semua tinggal di asrama. Sekolah aliran sastera. Oleh itu, persaingan mungkin agak kurang. Ketika guru mengajar, aku ( dan juga Monica) antara pelajar yang paling fokus dalam kelas (walaupun berkawan dengan kekawan yg agak gila-gila sikit). Kami berdua saja yang ‘hadir’ kelas tambahan matematik Cikgu Teo (yang lain pun ‘hadir’ juga, tetapi lebih banyak merapu :-)

Kami semua tiada teman lelaki (what for kan) tetapi Rose dan Winie menaruh minat kepada 2 orang guru bujang yg muda dan hansem (pada pandangan mereka saja. Pada pandangan aku keduanya biasa saja. Entah di mana hansemnya. Hahaha) Bila cikgu-cikgu itu memuji sikit; hati mereka turut berbunga-bunga (gadis remaja biasalah kan).  

Akhir semester kedua; waktu sudah nak dekat SPM, ahli kumpulan kami mula membawa haluan masing-masing. Winie dah ada teman lelaki. Bukan rakan sekolah tetapi lelaki yang telah bekerja dan berumur awal 20an. Cute juga orangnya. Rose peneman setia Winie setiap kali dating pada hujung minggu. 

Simba dan Madu masih sahabat sejati. Monica mula dibuai oleh 'dunia'nya. Dibuai oleh lagu-lagu artis Hong Kong Leon Lai kesukaannya (yang sebenarnya satu habuk pun dia tidak faham) dan sudah mula pandai ‘bercinta’ dengan sahabat pena yang dia kenali di ruang majalah (masa tu manalah ada Friendster, facebook, tweeter bagai). 

Dan aku mula rapat dengan kawan baru, Ah Moi comel. Berdarah cina bisaya. Berkulit hitam manis dan berbadan montel. Ah Moi pun boleh tahan popularnya. Dia seorang yg menarik dan agak nakal. Dia kurang memberi tumpuan pada pelajaran. Namun menjelang SPM akulah kawan rapatnya. Dia memang pandai (sebenarnya memang budak pandai, cuma awal tahun itu dia kurang memberi tumpuan kerana sibuk ‘bercinta monyet’). Semasa SPM, apa yang aku baca, itu yang dia baca. Apa yang aku ulangkaji, itu yang dia ulangkaji.


Simba, Madu dan Monica mengatakan aku sombong menjelang SPM kerana memilih untuk tidak sebilik dgn mereka di asrama. Apabila SPM, hanya 2 bilik sahaja digunakan untuk menempatkan pelajar perempuan SPM. Bilik-bilik lain dikosongkan. Ini untuk memudahkan kawalan dan untuk faktor keselamatan (juga penjimatan elektrik). 

Aku memilih untuk sebilik dengan pelajar-pelajar perempuan melayu yang agak ulat buku macam aku😜. Aku sengaja tidak sebilik dgn geng Goddes of Roses. Bila mengulangkaji aku perlu fokus. Tiada muzik. Tiada bunyi hilai tawa. Aku akan tidur awal jika awal pagi esok ada peperiksaan. Aku bukan jenis suka berjaga sampai lewat malam @ awal pagi semata-mata untuk mengulangkaji (aku tak suka kerja last minute😜).  

Bila aku kenang semula ada sedikit rasa bersalah di hatiku kerana ‘meninggalkan’ mereka; terutamanya Simba. Dia bukan orang lain. Dia mak cik aku. Adik bongsu emak aku. Anak manja nenek. Anak kesayangan nenek.

Kini….
Semua telah berumah tangga dan beranak pinak.

Madu, Rose dan Simba berkerja sebagai suri rumah. Simba kata Rose masih tetap cantik seperti dulu😚

Aku, Monica dan Ah Moi berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 selepas SPM. Kami bertiga kekal berkawan baik semasa tingkatan 6. Ah Moi dan keluarganya sangat terhutang budi kepadaku kerana ‘menyebabkan’ Ah Moi lulus dalam SPM. Selepas itu aku selalu jugalah melepak di rumahnya dan makan-makan dengan keluarganya (kampung Ah Moi tidaklah jauh sangat dari rumah panjang aku. Hanya beberapa minit jika naik perahu panjang).

Winie berjaya menjadi surirumah sebenar kepada teman lelakinya yg cute itu. Mereka kahwin selepas tamat SPM.

Kini…
Monica dan Winie bekerja sebagai Jururawat Terlatih. Ah Moi Pembantu Tadbir di Pejabat Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu; dan aku kini seorang guru sekolah.



Aku merindui rakan-rakan Goddes Of Roses. Selepas tamat tingkatan 6, amat sukar bertemu semula dengan mereka termasuk makcikku sendiri Simba. Mereka masih di Sarawak. Aku di sini di Semenanjung kerana tuntutan pengajian dan sekarang kerana tuntutan hidup berkeluarga. 

Mudah-mudahan diketemukan semula dengan mereka satu hari nanti inshaALLAH.



Ulasan

  1. As-Salam;

    Walaupun kita mengenali antara satu sama lain di UKM, tetapi saya rasa lebih mengenali Kak Nurul apabila saya membaca kisah-kisah peribadi di dalam blog ini. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😊 tq sha krn mgikuti blog ini. Sori tdk mgunakn bm dgn betul..hehehe..
      Dikenali dr sudut tve ke -ve tu? 😊

      Padam
  2. Betul-betul kenangan yang tidak terlupakan

    BalasPadam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Jumpa di FACEBOOK