Aku dan Melayu Part 1 : Aku Bukan Melayu


Aku bukan melayu.

Aku kurang  berkawan dengan dengan budak melayu sejak aku kecil sampailah ke sekolah menengah atas. Aku bukanlah anti melayu. Aku juga tidak benci melayu. Aku berjiran dengan melayu. Rumah panjang aku berjiran dengan rumah jiran melayu. Rumah panjang penduduk kampung aku berhampiran dgn kampung melayu. Sembelih kerbau panggil orang melayu. Kenduri kahwin pun panggil orang melayu.

Aku belajar di sekolah kebangsaan yg majoriti pelajarnya melayu.



Sekali lagi aku ulang...Aku bukan anti melayu. Cuma tidak berkawan dengan budak melayu. Ada perbezaan di situ.

Kenangan di sekolah rendah tidak banyak yg aku boleh ingat berkenaan dengan budak melayu. 

Kenangan  di sekolah menengah bersama kaum yg bernama melayu ini masih 'fresh' di ingatanku hingga sekarang. Cukup untuk aku coretkan beberapa kenangan terindah saja di sini.

"Kalau aku posing macam ni, mesti macam iban kan..?" perli seorang kakak senior sambil posing depan kereta seorang guru. Kawannya yg juga melayu, ketawa berdekah-dekah. What the h***. Macam sakai je. Macam b*** je.... 

Selepas keputusan SRP keluar (sekarang dikenali sebagai PMR), aku antara tiga pelajar terbaik sekolah dan layak masuk kelas sains. Tetapi sekolah menengah tempat aku belajar ketika itu tidak menawarkan kelas sains. Mana-mana murid yang layak dan ingin belajar sains tulen perlu berpindah ke sekolah lain yang berdekatan. Aku merasakan diri aku layak waktu itu. Minat? Bolehlah. Minat boleh dipupuk. Maka aku gagahkan diri berjumpa guru yang incaj.

"Tak apalah Gloria. Awak sekolah di sini saja" Ayat ini bagi aku membawa dua maksud. Aku telah diketepikan...atau aku disimpan untuk menjadi ayam tambatan sekolah. Aku rasa ia lebih berat kepada maksud yg pertama. Whateverlah....

Tidak lama selepas itu aku mendapat tahu seorang pelajar lain dipindahkan ke sekolah tersebut. Pesaingku bernama A (sorry... nama terpaksa dirahsiakan). Why? Sedangkan keputusan aku lebih baik daripada keputusan dia . Why her? Kawan-kawan aku kata " sebab dia melayu". Hati kecilku juga berkata begitu. Dia melayu. Aku bukan.


Aku teruskan hidup.....


Dipendekkan cerita....

Aku berjaya memasuki universiti tempatan dgn keputusan tingkatan enam yg cemerlang mengalahkan pesaingku ketika itu; seorang pelajar perempuan melayu. Aku namakan dia B. Aku tiada niat langsung bersaing dgn B. Bagi aku usaha mendapatkan keputusan terbaik dalam akademik bukan persaingan dgn sesiapa pun, tetapi persaingan dgn diri sendiri. Mencabar diri sendiri untuk merancang dgn bijak dan usahakan yg terbaik..Wow! Macam hebat je..(aku memang rasa seronok masa tu)..


Aku lakukan untuk emak. Dialah ibu dialah ayah....(Sayaaannnnng emak)


Ketika mengambil slip keputusan STPM, kawan2 yang hadir mengucapkan tahniah dan.... "Tahniah Gloria. Keputusan awak jauh lebih baik daripada B..dan bla bla bla.." Ucapan itu bukan sekadar datang daripada kawan2 ibanku, kawan2 bisayaku, kawan2 murutku....tetapi juga dari kawan2 melayuku.


Sebenarnya ketika tingkatan 6 aku mula berkawan agak rapat dengan kawan2 melayu...termasuk B. Dia banyak membantuku.


Di universiti aku mula berkawan lebih rapat dengan kawan2 melayu....Melayu Islam yg baik akhlaknya. Kakak2 senior yg cintakan masjid, yg cintakan majlis ilmu :-). Mungkin ini menjadi salah satu asbab kepada pengislamanku. 


"Kenapa awak hendak masuk melayu? Awak sendiri telah tengok akhlak orang melayu di SINI macam mana" luah emak aku satu hari.

"Saya bukan masuk melayu emak. Saya masuk islam. Saya tidak melihat kepada akhlak Melayu. Saya melihat kepada keindahan islam."

"Bukankah islam itu untuk orang melayu dan arab sahaja?"

"Tidak emak. Islam itu untuk semua bangsa"




Akan bersambung.....inshaALLAH:)


Terima kasih kerana membaca entri ini. 





Admin :
Ini bukan entri politik. Harap mesej yang hendak disampaikan difahami. Maaf jika ada yang terasa. Peribadi negatif  melayu (jika ada) dalam entri ini tidak mewakili peribadi semua melayu di Malaysia.


Ulasan

  1. Assalamualaikum;

    Kak Nurul kawan dengan saya yang berketurunan Melayu. Terima kasih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awk salah sorg kwn myu sy yg baik akhlak & agamanya tika d ukm dulu. Alhamdulillah berjiran blk ngan doktor😊

      Padam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati