Bercuti di Hospital


Assalamualaikum wbt...

Ini kali ketiga si baby boy Izzat menempah percutian di hospital. Kali pertama pakej 2 malam 3 hari di HTAA Kuantan Pahang. Kali kedua pakej 3 malam 4 hari di HTAR Klang Selangor. Kali ketiga (sekarang) juga di HTAR Klang Selangor. Cuma bilik sahaja yang berbeza. Dulu berbintang sikit; kali ini nampak macam kurang bintang. Hihihi
Izzat semasa masih di rumah

Tidak pasti pakej berapa malam berapa hari kali ini. Harap tidak lama...
Bukan seronok sangat pun bercuti di hospital. Disebabkan sudah biasa bermalam di hospital, maka aku tahu sangatlah kebosanannya sampai tahap mana. Memang bosan giler.
Jadi kali ini aku lebih bersedia. Mini lap top menjadi salah satu bagasi yg wajib utk didaftar masuk. Jadi bolehlah aku merapu meraban di sini. Hahaha
Kasihan Izzat....
Dia tidak minta pun bercuti di hospital, tetapi hendak buat macam mana. Kena daftar masuk juga sebab keputusan ujian darahnya menunjukkan ada jangkitan kuman.  Perlu pemantauan dan pemberian antibiotik mengikut jadual.
Semuanya bermula dengan batuk yang ringan kemudian demam. Kahak telah terkumpul di paru-paru. Bayi umur 11 bulan manalah reti hendak buang kahak. Bercakap pun tak reti lagi. Apa yang bayi umur begitu tahu hanya merenggek dan menangis. Sayang anak mama....

Aku sebagai ibu memang kena banyak bersabar (ada masanya kurang sabar juga kerana keletihan. Letih yang amat)
Izzat sudah mula senyum dan aktif.
Alhamdulillah:)

Semasa entri ini ditulis, Izzat sedang tidur. Petang tadi dia asyik meragam. Asyik hendak tawaf keliling wad. Lebih 5 kali tawaf rasanya. Budak baru dapat kaki. Faham-faham je la. Memang kena banyak bersabar. Tidak cukup tidur itu biasa. Kepala jadi pening. Badan jadi letih. Hanya kaum ibu yg sewaktu dengannya sahaja yang tahu macam mana rasanya...

Ada juga seronoknya bercuti di hospital. Positif. Positif. Hahaha.
Apa yang seronoknya yea? (Berfikir sambil menongkat dagu. Hahaha)
Ahaa!
a) tak yah pergi kerja
b) boleh kemaskini blog untuk korang
c) boleh berehat daripada buat kerja-kerja rumah.

Kan...
Apa yang tak seronoknya bercuti di sini...
a)  kena kongsi tandas dengan ramai orang; lelaki perempuan. Tandas dah jadi unisex.
b)  tiada katil untuk ibu, kena kongsi dengan baby. Itupun curi-curi guna. Jururawat tak bagi ibu tidur di katil baby, kena bawa tikar tilam sendiri dari rumah.         
c) bising. Faham-faham sajalah wad kanak2; penuh dgn kanak-kanak yang sakit. Jeritan, rengekan, tangisan kedengaran di kiri kanan depan belakang. Memang sayu hati tengok. 
d)  paling tak seronok apabila terpaksa melihat orang kesayangan kita kesakitan. Kena cucuk sana, kena cucuk sini. Berselirat dengan wayar. Alahai anak..
Mudah-mudahan tidak akan bercuti di hospital lagi...
Sembuhlah anak mama cepat-cepat. Kakak dan abang rindu pada izzat. Rindu nak usik dan bermain-main dengan izzat. Mama pun rindu pada kakak dan abang. Entah apa kabar mereka sekarang...


Ulasan

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati