Al Fatihah Buat Arwah Adikku Rosela
Tiba-tiba aku terkenangkan arwah adik bongsuku, Rosela (arwah) semasa mengawas SPM awal pagi tadi. Air mataku menitis. Aku menangis...
Semenjak aku ada anak-anak kecil, melihat mereka merenggek, menangis; aku kadang-kala digamit kenangan bersama arwah...
Semenjak aku ada anak-anak kecil, melihat mereka merenggek, menangis; aku kadang-kala digamit kenangan bersama arwah...
Ketika itu aku masih belum bersekolah. Umur arwah belum sampai setahun. Tidak banyak kenangan bersama arwah yg boleh aku ingat. Dia belum boleh lagi diajak bermain-main seperti adik beradik yang lain. Dia hanya tahu menyusu, tidur, merenggek, menangis dan menangis.
Bila aku terkenang semula aku akan mengalirkan air mata, menangis. Berderai air mataku. Entah apa yg aku kesalkan.
Sewaktu kecil dahulu setitis pun air mataku tidak tumpah apabila mendapat tahu arwah tiba-tiba meninggal dunia. Aku tidak pasti kenapa. Entah apa yg menyebabkan hatiku begitu keras ketika itu. Tetapi sekarang....?
Arwah meninggal selepas subuh pada satu hari di tahun 1981. Aku masih ingat lagi air mukanya waktu itu. Dia kelihatan seperti sedang lena tidur. Suci. Bersih. Wajah anak-anak syurga.
Emak dan ayah pun tidak tahu dia telah tiada pada mulanya. Mereka fikir dia sedang tidur.
Tiba-tiba sahaja aku mendengar ayahku menangis dan emakku menyuruh memanggil orang kampung.
Emak dan ayah pun tidak tahu dia telah tiada pada mulanya. Mereka fikir dia sedang tidur.
Tiba-tiba sahaja aku mendengar ayahku menangis dan emakku menyuruh memanggil orang kampung.
Adik-beradikku yang lain pun turut kelihatan tenang kecuali, Annasya. Aku melihat dia menangis. Teresak-esak.
Apabila sudah melepasi alam universiti, selepas aku memeluk islam aku mula bertanyakan perihal arwah pada emak. Arwah meninggal kerana demam panas yang teruk sehingga timbul ruam-ruam panas (bintik-bintik merah iaitu campak) di seluruh badannya. Arwah langsung tidak dibawa ke hospital. Hanya menjalani rawatan kampung. Tidak dimandikan. Badannya cuma dilap dengan tuala lembab. Emak mencuba rawatan kampung seperti mengasapi badan arwah dengan asap daripada pelepah ayam kampung yang dibakar (adoilah. Dahlah orang tu demam, diasapi lagi, mana tak makin panas😢)
Tidak banyak kenangan yang aku ingat. Apa yang aku ingat, arwah asyik merenggek dan menangis. Masih terbayang-bayang wajahnya menangis. Ya Allah apabila melihat anak-anakku menangis, aku kadang-kala diusik oleh kenangan wajah arwah menangis. Aku pasti akan mengalirkan air mata...

Kenangan yang tidak boleh aku lupakan, apabila aku menolong emak menukar lampin arwah, membasuh beraknya. Arwah sudah pandai duduk ketika itu. Arwah kekal menangis dan menangis. Mesti arwah berasa sangat sakit masa tu, tak selesa dan nak selalu didukung oleh emak.
Aku panik dan berasa sangat kasihan pada arwah. Aku menjerit memanggil emak.
"Indai! Indai!"
Apa sangatlah budak umur 6 tahun tahu pasal menjaga adik..
Aku panik dan berasa sangat kasihan pada arwah. Aku menjerit memanggil emak.
"Indai! Indai!"
Apa sangatlah budak umur 6 tahun tahu pasal menjaga adik..
Hari ini aku masih menangis apabila terkenangkan arwah. Terasa sangat sedikit yang boleh aku sumbangkan sebagai seorang kakak.
Patutkah aku masih menangis? Sedangkan Allah lebih menyayanginya. Dia pergi menghadap Allah dalam keadaan yang suci bersih meskipun lahir daripada orang tua yang bukan islam. Sepatutnya aku bersyukur kerana arwah telah menjadi salah seorang anak-anak syurga. InsyaAllah di akhirat kelak kami pasti akan bertemu. InshaAllah. Amin.
Apa yang aku (dan emak) terkilan, ayah belum habis usaha untuk menghantar arwah ke hospital. Apai tidak bekerja. Duit boleh dikira dengan jari. Kehidupan kami sangat sukar ketika itu. Berkampung jauh di pedalaman Sarawak. Jauh dari segala pusat kemudahan. Tinggal di rumah separuh kayu, separuh buluh. Nasi pun mengharapkan ehsan datuk nenek. Kalau aku 10 kali terkilan; emak apatah lagi. Dia yang mengandungkan, melahirkan dan bersengkang mata menjaga arwah (dan juga berhabis tenaga membuat kerja-kerja rumah). Apa boleh buat, masa tidak mungkin dapat diundur semula. Allah tahu tempat terbaik untuk arwah iaitu di syurga firdausi.
Apa yang boleh aku buat sebagai tanda kasih dan sayangku pada arwah waktu ini adalah mengirimkan doa buatnya di alam sana dan berdoa semoga emak dan ayah dikurniakan Nur Islam, Amin.
InshaAllah, dapatlah mereka bertemu arwah di syurga kelak.
#gloriaabdullah
InshaAllah, dapatlah mereka bertemu arwah di syurga kelak.
#gloriaabdullah
Ulasan
Catat Ulasan