Tanah NCR Aku Diceroboh II

Bismillah..

Nak marah siapa isu tanah NCR ini? Tuai rumah? Pak cik aku? Orang kampung? Abang polis? Penguatkuasa? Atau tauke syarikat balak yang licik?

Laporan polis telah dibuat pada 10hb Oktober yang lepas (No rujukan kes RF129213).
Temujanji dengan tauke syarikat balak juga telah diatur pada 26hb Oktober untuk menunjukkan bendalah yang dirosakkan itu. Tunggu punya tunggu, batang hidung pun tak nampak. Dia minta senarai tuntutan itu diserahkan kepada kontraktornya. Kontraktor akan datang 28hb Oktober ini ke Limbang. Pulakkk...

Dia ingat senang ke emak dan pak cik aku tu minta cuti. Bukannya kerja sendiri, kerja dengan orang. Aku pula jauh di perantauan.

Pada 4hb November aku call Balai Polis Limbang. Konon hendak buat follow up. Pegawai di talian memberitahu pihak polis tiada kuasa membuat siasatan atau memberi amaran kepada pihak yg didakwa. Mereka cuma menerima laporan sahaja. Pulakkk! Benarkah? Kalau benar, mudahnya kerja polis, sekadar terima laporan? (Tolong beri pencerahan)

Begitu banyak birokrasi.

Abang polis meminta aku menghubungi  bahagian penguatkuasa Jabatan Perhutanan Daerah (JPD). Tindakan seterusnya adalah dari pihak JPD katanya. Oleh itu satu salinan laporan polis berkenaan mesti diserahkan kepada JPD. 

Sehingga entri ini ditulis, masih tiada tindakan daripada pihak penguatkuasa.

Pencerobohan tanah NCR  menunjukkan betapa mudahnya orang kampung ditipu (kerana kurangnya ilmu berkaitan undang-undang termasuk aku sendiri), betapa penipunya tauke balak (bukan semua) dan betapa masih lemahnya penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencerobohan hutan simpan dan tanah NCR di negeri ini.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku ?

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati