SATU MASA DAHULU...

Pekan Lawas yg indah dan damai



Feri menuju ke Pekan Lawas



Bekerja di bandar besar berbeza berbanding bekerja di pekan kecil. Dua bulan pertama penuh tekanan. Terpaksa menyesuaikan diri dengan banyak perkara. Hidup berkahwin. Tidak berkereta. Bising. Terlalu ramai orang. Barang mahal. Tempat kerja 23KM dari rumah. Rumah sempit. Rakan-rakan sekerja semua baru. Masa bekerja kadang-kala mengalahkan masa kerja di pejabat.




Pekan Sipitang Sabah hanya 23 KM dari Kuala Lawas


Dulu 10 minit sebelum loceng sekolah berbunyi baru hendak sarung tudung. Aku warden asrama. Tinggal di dalam kawasan sekolah. 24 jam berada di sekolah. Sekarang? Kirim salam. Paling lewat menekan butang lif, sejam sebelum loceng sekolah berbunyi. Kalau tidak suami terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas ke tempat kerjanya selepas menghantar aku ke sekolah. Kami menyewa rumah pangsa kos sederhana di Desa Petaling. Aku mengajar di Putrajaya. Pejabat suami pula di Kuala Lumpur. Kasihan suamiku..Terpaksa berpatah balik ke pejabatnya di Kuala Lumpur setiap pagi hari bekerja selepas menghantar aku ke sekolah. Selalu juga aku mendengarnya merungut kalau terlewat sikit. Sasarannya sebelum jam 7.00 dia telah melepasi tol sungai besi. Lelaki. Kebanyakkan lelaki mana boleh tahan dengan kesesakan lalu lintas. Masa hendak mengurat dulu, setiap pagi mesti mendapat ‘missed call’ darinya. Mengadu kesesakan jalan ke tempat kerja. Sekarang? Hampir setiap hari mendengar dia merungut (boleh di kategorikan sebagai marah) .



KL aku datang padamu..



Kasihan juga aku. Hari masih gelap tika aku sampai ke sekolah.Setiap pagi. Belum ada sesiapa pun. Beberapa minit kemudian baru Pekerja Am Rendah sampai membuka pintu pejabat. Selepas usai sekolah aku terpaksa menebalkan muka minta tumpang seorang dua guru senior sekolah ini ke Stesen Sentral Putrajaya. Naik bas rapid KL ke Stesen Sentral Kuala Lumpur. Di sanalah aku ‘berehat’ setiap hari sementera menunggu tamat waktu pejabat suamiku. Makan tengah hari, solat, merayau, menjamu mata, membaca buku, menyiapkan kerja sekolah, bosan, beli ais krim McDonald dan kadang kala lepak di salon. Begitulah setiap hari bekerja. Aku lebih letih menunggu dari bekerja di sekolah. Kasihan kan...



Kalaulah aku ada kereta sendiri....?


Putrajaya yang indah


 
Sebenarnya aku ada kereta. Mana boleh tidak ada kereta. Sudah lima tahun bekerja. Tahun kedua aku memang sudah ada kereta. Produa Kembara GX. Walaupun sekolah hanya beberapa kaki dari tempat tinggalku. Masa tu bujang. Mana tahan duduk rumah saja. Sesekali hendak juga lepak dengan kawan-kawan di kedai kopi, lepak di rumah kawan, bercuti ke Kota Kinabalu atau bercuti di kampung. Tidak sampai dua tahun memandu kembara, aku jual dan kuganti dengan Produa Kelisa GX. Kembara kuat sangat ‘makan’ minyak. Kelisa lebih trendy. Sesuai dengan wanita yang lemah lembut macam aku, hehehe... (paling penting sesuai dengan pendapatanku). Sekarang kelisaku dalam ‘pelayaran’ dari Lawas Sarawak ke Kuala Lumpur. Tidak sabar rasanya. Rindunya pada Kelisaku.







Kelisaku : cerita ini hampir 4 tahun yang lalu, kini saya telah dijual dan tempat saya telah diganti dengan Myvi SE...huhuhu..:(


Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati