Suamiku Yang Luar Biasa
Bismillah...
Sudah agak lama tidak menulis. Kebelakangan ini aku agak sibuk. Sibuk dengan kerja-kerja keguruan dan sebagai seorang ibu.
Alhamdulillah, aku dapat bertukar mengajar di sekolah berdekatan dengan rumah.
Sekolah baru, rakan-rakan baru, cabaran baru dan murid-murid baru.
"Apasal nama awak ada Gloria?"
"Awak reverted ke?"
"Suami awak orang melayu ke?"
Aku akan selalu ditanya soalan yang sama. Berulang-ulang....
Bosan, namun perlu dijawab dengan sabar dan senyuman😊
Bosan, namun perlu dijawab dengan sabar dan senyuman😊
Entri ini untuk menjawab,"Suami awak orang melayu ke?"
Bukan. Suamiku orang english.
Bukan. Suamiku orang english.
Ops! Gurau je😂
Ya. Suamiku berbangsa melayu. Etnik melayu brunei😍
Aku berkenalan dan bernikah dengan suami lebih kurang 9 tahun yang lalu; iaitu setelah hampir 9 tahun aku memeluk islam.
Aku membujang untuk tempoh yang agak lama. Tiada teman lelaki istimewa. Hanya dikelilingi oleh rakan-rakan baik.
Ada yang hendak menyunting, tetapi aku meletakkan syarat yang agak ketat.(hahaha. Konon😂)
Kacak? Tidak. Cukup sedap mataku memandang.
Kaya? Tidak! Aku tidak pernah suka orang kaya.
Berkelulusan tinggi? Tidak semestinya.
Stabil? Ini bonus. Siapa tak nak😉
Ibuku sendiri tidak memaksa aku untuk segera berkahwin. Ibu hanya berpesan, alang-alang memeluk islam carilah lelaki yang baik agamanya.
Aku cuma meletakkan syarat bakal suamiku mesti jenis yang jaga solat. Aku tidak memberitahu hal ini kepada lelaki-lelaki yang cuba berkawan rapat denganku. Syarat ini aku hanya letakkan dalam hati. Aku suka memerhati.

Bagi aku seorang lelaki yang menjaga solatnya, inshaAllah ibadah lain akan terpelihara. Lelaki yang menjaga solat ada usaha menjaga hubungannya dengan PenciptaNya. Lelaki yang menghormati PenciptaNya, inshaAllah akan menghormati dan menghargai kita.
Suamiku bukan lelaki yang sempurna. Dia jauh dari sempurna. Dia hanya lelaki terbaik yang Allah pinjamkan kepadaku.
Kami berkenalan melalui anak saudaranya. Tiga bulan selepas perkenalan jarak jauh, kami bernikah.
Di awal perkenalan, aku tahu suamiku kosong. Tiada harta. Dia berterus terang kepadaku. Yang ada hanya hutang kad kredit keliling pinggang dan sebuah kereta honda buruk. Itupun dibeli secara ansuran daripada keluarga terdekat.
Hendak kahwin pun dia tiada duit.
Dia baru dapat kerja tetap sebagai kakitangan kerajaan. Aku 5 tahun lebih senior daripadanya dalam perkhidmatan kerajaan.
Di mana hendak korek duit?
Aku menginginkan majlis pernikahan yang sederhana, tetapi keluarga sebelah suami terlalu mementingkan adat; apatah lagi suami anak bongsu daripada 14 adik beradik. Mereka hendak majlis perkahwinan si bongsu beradat dan meriah. Habislah!
"Biarkanlah. Orang tua. Beri peluang" pujuk suami.
Aku tidak boleh bercakap lebih, aku bukan sesiapa. Belum sah jadi ahli keluarga. Membantah sikit, kena jeling. Aduh.
Paling penting, air muka suami perlu dijaga. Adik beradiknya tidak akan faham; yang mereka faham suami berjawatan tinggi, tentu gajinya tinggi (banyak kau punya tinggi🙄). Mereka tidak faham yang suami baru bekerja tetap dan tiada langsung simpanan.
"Kenapa tidak berterus terang saja yang awak tiada duit. Gaji sekian-sekian. Hutang sekian-sekian?"
Aku hampir menolak suami.
Aku bingung berhari-hari. Jadi kahwin atau tidak jadi. Jadi-tidak. Jadi-tidak. Rasa nak jadi 'runaway bride'🙄. Mesti popular selepas itu. Baru padan muka aku.
Akhirnya..
Aku kembali kepada Allah swt. Merintih dan mengadu kepadaNya.
.
Aku buat solat taubat. Buat solat istiharah setiap malam sebelum tidur, memohon petunjuk.
"Tolonglah aku Ya Allah. Tolonglah. Tolonglah"
.
Di satu pagi di satu hari...
Dalam aku kebingungan, aku mencapai Al Quran terjemahan. Membaca Al Quran terapi jiwa terbaik inshaAllah. Bukaan pertama, aku terus ternampak ayat ini.

".....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu; dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu: Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Maksud Sural Al-Baqarah : 216)
Allahu. Allah swt seperti sedang memujukku. Menenangkan fikiranku yang kusut melalui ayat ini.
SubhanaAllah.
Dipendekkan cerita, Allah swt permudahkan segala urusan pernikahan kami. Allah hadirkan penaja yang budiman menaja majlis perkahwinan kami. Alhamdulillah. (Tak perlu jadi retis untuk dapatkan penaja tauu😂😂😂)

Pernikahan itu membuka pintu-pintu rezeki,
Dalam kekurangan, kami saling melengkapi. Hutang kad kredit suami selesai pada tahun kedua perkahwinan kami. Hutang kereta juga habis dibayar. Sebagai isteri dan juga 'akauntan' suami, aku memainkan banyak peranan. Mendidik suami membayar hutang, menyimpan dan menyertai takaful.
Paling penting tidak meminta bendalah mengarut yang di luar kemampuan suami. Tiada kasut mahal. Tiada beg mahal. Tiada barang kemas. Aku sudah biasa hidup biasa-biasa sahaja.
Paling penting tidak meminta bendalah mengarut yang di luar kemampuan suami. Tiada kasut mahal. Tiada beg mahal. Tiada barang kemas. Aku sudah biasa hidup biasa-biasa sahaja.
Walaupun suamiku bukan lelaki kacak dan bukan lelaki melayu brunei terkaya; paling aku bersyukur dia boleh mengimamkan solat, rajin menolong membuat kerja-kerja rumah dan pandai melayan kerenah anak-anak.
Paling penting, banyak bersabar dengan kedegilanku. Apa aku hendak lagi?🤔
Kami hidup bahagia dan bersederhana. Alhamdulillah. (Gaduh mulut sikit-sikit itu biasalah. Rencah hidup berumah tangga😉)
Apa yang ingin aku sampaikan di sini, untuk pernikahan anak-anakku di masa akan datang (inshaAllah), TIADA ADAT YANG MENGARUT DAN MEMBAZIR, SYARIAT ONLY. Hidup selepas bernikah itu penting.
InshaAllah bahagia until JANNAH. AMIN.
(Doa-doakan ya😍)
(Doa-doakan ya😍)
Iklan : dah singgah di #kedaigloria?😉
As-Salam. Semoga Kak Nurul dan suami berbahagia hingga ke jannah. Amin :)
BalasPadamInshaAllah. Amin.
PadamTqvm krn setia bertamu di sini.