Isnin, 10 Mac 2014

Misteri MH370?


Assalamua'laikum wbt....


Rasanya hampir sebahagian blogger di negara ini (Malaysia) bercerita mengenai penerbangan MH370. Peristiwa kehilangan MH370 masih menjadi misteri sehingga entri ini ditulis. Masih menjadi tanda tanya semua orang. Terhempas ke kena rampas ke....atau sesat di mana2 galaksi? Entah. Hanya ALLAH Maha Mengetahui.

Misteri ini amat menyedihkan. Membebankan perasaan, terutama ahli keluarga krew dan penumpang MH370. Berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Apa yg kita semua sebagai rakyat biasa boleh buat adalah berdoa dan terus berdoa. Mudah-mudahan mereka yang hilang ditemui segera. InshaAllah dalam keadaan selamat. Tidak mustahil mereka masih selamat.

'Kehilangan' MH370 memang misteri. Apa yang misteri di sebalik kehilangan MH370  ini?....

Pertama:
Didapati dua individu misteri menjadi penumpang MH370. Dua individu tersebut menggunakan pasport curi. Pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti kedua individu terbabit. Difahamkan kedua individu berkenaan membeli tiket penerbangan dari China Southern Airlines, rakan kongsi kod MAS bagi laluan Kuala Lumpur- Beijing.(Link)

Terkini : Dua pasport curi itu dimiliki oleh Maraldi warga Itali dan Kozel warga Austria (Link)


Kedua:
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu (Link).

Wow! Sangat 'misteri'......Takaful Ikhlas Takaful Terbaik Di Malaysia




Ketiga:
Tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan Malaysia yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada waktu ia dilaporkan hilang daripada radar.
Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Khairul Najib Ibrahim berkata keadaan cuaca dari pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi iaitu pada masa kejadian dilaporkan tidak memberi ancaman kepada pesawat berdasarkan imej satelit diperoleh daripada Agensi Meteorologi Jepun.(Link)





Keempat:
Pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang. Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang 9hb Mac di perairan di selatan Vietnam.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) telah  menghantar sampel daripada tompokan minyak tersebut ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk dianalisis.
Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan berkata, tompokan minyak sepanjang 2 kilometer itu kelihatan berlainan kerana warnanya kekuningan berbanding tompokan tumpahan minyak kapal dagang yang biasa ditemui di mana-mana perairan. (Link)


Kelima:
Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata MH370 tidak pernah membuat sebarang panggilan kecemasan ke menara kawalan trafik udara.
"Biasanya apabila terdapat cubaan patah balik, bermakna pilot gagal untuk meneruskan rancangan asal." (Link)

Keenam
Seorang adik kepada lelaki China telah membuat panggilan telefon kepada abangnya yang menaiki pesawat MH370. Pelik....panggilan telefon tersebut berbunyi dan berjaya didail...malangnya tiada sambutan/tidak diangkat. (Link)


Apa sekali pun misteri, apa sekalipun yg berlaku di luar sana..Hanya ALLAH SWT yg lebih mengetahui. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan terus berbaik sangka. ALLAH sebaik-baik perancang.

Terus berdoa yang terbaik untuk MH370
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...