Ahad, 13 Mac 2011

AMARAN BAHAYA untuk Penduduk di GEBENG KUANTAN PAHANG!


Dukacita diumumkan bahawa semua penduduk yg tinggal di Gebeng Kuantan dan kawasan2 berdekatan berada dalam BAHAYA

Kenapa? Sebab Kerajaan Negeri Pilihan ANDA telah meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan.

Wow! Terbesar di dunia? Mesti duitnya pun besar juga kan....

Cukup! Jangan berasa seronok dulu. Projek  ini tidak diumumkan kpd awam. Tidak disiarkan di akhbar arus perdana (kalo ada pun mesti cerita keuntungan saja). So kita tidak bersempatan menilai baik buruk projek ini. Alhamdulillah ada sumber berita lain yg boleh membuka mata hati kita, insyaALLAH.

Ketahuilah wahai penduduk GEBENG dan Kawasan yg berdekatan dgnnya, jika projek ini diteruskan juga, bersedialah untuk mendedahkan diri kita, anak2 kita dan cucu cicit kita dgn kesan RADIASI yg akan dibebaskan oleh pusat ini.


Bukan sesuatu yg pelik kenapa kerajaan Negeri Pahang sanggup meluluskan projek ini.  Kerana duitlah jawabnya... Sapa tak nak duitkan..? Lagipun kroni2 yg terlibat mesti tidak tinggal di kawasan berhampiran dgn GEBENG. Najib walaupun dia org Pekan Pahang, dia tidak duduk di Pekan. Dia perduli apa kan....walaupun dia adalah org paling 'berkuasa' di Malaysia....?

Inikah maksud Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?

Miskin sangatkah Kerajaan Negeri Pahang sampai sanggup mengadaikan nyawa rakyatnya? (juga nyawa makhluk ALLAH lain yg turut menumpang berteduh di negeri ini)...dan dengarnya org paling 'berkuasa' di Pahang yg meluluskan projek ini, krn dia menghadapi masalah kewangan. Wallahualam =?


Gambar di bawah menunjukkan kerja2 projek yg dijalankan...








Sebab projek ini mesti kita dibantah dan kita hentikan!

•Tidak terdapat sebarang pengumuman awam sepenuhnya berhubung projek yang dicadangkan ini. Oleh itu, tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.


•Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita.

Kenyataan syarikat yang menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi amat membimbangkan kerana tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.

•Untuk jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan.

•Pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan sistem imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi kepada kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.


Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

Kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga.

•Tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.



Anda masih tidak berasa apa2?

Anda sepatutnya berasa risau. Anda yg tinggal berdekatan  perlu berasa risau. Sesapa yg ada saudara mara tinggal berdekatan juga patut berasa risau. Sesapa yg lalu/mungkin lalu kws Gebeng, KUANTAN ini juga patut berasa risau. Pencinta alam juga patut berasa risau. Pencinta haiwan juga patut berasa risau. Kesimpulannya semua org patut berasa risau dan mengambil berat masalah ini.


Paling dirisaukan sebenarnya  adalah anak2 (generasi kita).


Berdasarkan kepada semua risiko di atas:
Patutkah kita semua terus berdiam diri? TOLONG JANGAN BERDIAM DIRI.
Adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan? 


Kerajaan Negeri PAHANG mesti hentikan projek ini dgn segera!





SUMBER BERITA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...