LEGOLand Part 2 : Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian


Alhamdulillah... akhirnya  sampai juga kami di Johor Bahru (JB)...iaitu kira2 jam 1.30 am. Anak2 semua tertidur dalam perjalanan.
 
Kami terus check in di Hotel Tune Teluk Danga JB. Ini sajalah hotel yg ada bilik kosong untuk kami malam itu. Hotel2 lain baik yg 5 bintang hingga ke 3 bintang seperti Hotel Tune ini semuanya full house. Malam itu  full house, malam esoknya pun full house. Maklumlah cuti sekolah...
 
Ada beberapa perkara  rakan2 pembaca perlu ketahui sebelum merancang utk bersuka-suki di JB @ Legoland... Perkara2 ini sesangatlah penting:)
 
 
1. Tempah bilik hotel kesukaan dan beli tiket Legoland awal2...
jika tidak akan dapatlah bilik kecik macam kami ini.
Ini semua gara2 last minute:)


Hotel2 di sekitar JB menawarkan pelbagai pakej menarik.
Bilik + Tiket Legoland + Shuttle Servis.
Biasanya tiket adalah lebih murah berbanding yg ditawarkan oleh Legoland sendiri.


2. Ada rakan blogger mencadangkan membawa bekal makanan &  minuman
Secara peribadi, aku merasakan tidak perlu.
Di luar kawasan Legoland iaitu di Mall Of Medini terdapat pelbagai pilihan kedai...
 
 

Kiosk makanan dan pelbagai
 

Deretan restoran2...
Kami memilih Restoran Nasi Briyani untuk makan tengah hari.
 
 
 Ini pula deretan kedai di dalam kawasan Legoland.
Setiap taman tema memang ada kedai..terutamanya kedai makanan
Harganya memang lebih mahal berbanding kedai di luar Legoland  di atas.
Ais krim Mat Cool RM1.20 jadik RM4.40 awakkk
 
 
3. Bawa topi/cap, sun glasses dan payung...
3 benda ini memang sangat penting.
Cuaca di Legoland jika panas memang panas.
Hujan tidak dapat dijangka.
Harga topi @ cap RM50++
Harga payung RM40++...hanya di Legoland:)
 
 
4. Bagi yg beranak kecik...Silalah bawa stroller sendiri
Stroller bukan sekadar tempat bayi/anak tidur tetapi...
untuk membawa bekalan2 lain seperti dalam gambar ini...hehehe;-)
 

5. Kebanyakan permainan di Legoland hanya sesuai
untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.
Jadi Baby Izzat keseluruhannya hanya menjadi pemerhati.
Abang Alif yg belum berumur 3 tahun pun banyak kali merajuk
kerana tidak dibenarkan bermain beberapa permainan.
 
 
 

Batrisyia mendahului 'perlumbaan'


 Berbaris menunggu untuk menaiki Legoland Express
 
 
Akhirnya dapat juga naik keretaapi...
 

Ini di Lego City Stage...
Alif mengambil bahagian dalam persembahan silap mata

Izzat berbual2 dgn LegoMan
 
 
 6. Tidak sah kalau tidak melawat Taman Utama LegoLand.
Dalam taman ini terdapat bangunan @ bandar2 utama
di Malaysia dan di Asia yg dibina mengunakan LEGO. Memang menarik
Hanya beberapa gambar yg dapat dimuatnaik di blog ini..
 
Masjid di Brunei
 

Istana Larangan di China



Sebahagian Bandar KL di Jalan TAR
 
 
Di Malaysia pun ada Taj Mahal
 
 
 7. Terdapat beberapa taman yg menyediakan permainan
untuk kanak2 berumur 2-4 tahun
iaitu di Junior Driving School, Boating School dan di Imagination Park.
Detail sila klik LegoLand Map



Batrisyia mengangkat dinasour
 

Imagination Park...
memang paling sesuai untuk family beranak kecik


8. Paling penting...jika membeli tiket untuk sehari...
jangan datang tengah hari @ petang ke Legoland.
Mulakan tour seawal jam 10.00am...InshaAllah baru berkesempatan tour semua taman.
 
 

Kami tidak berkesempatan bersuka-suki di Lost Kingdom..
hanya sempat bergambar je.
Itu pun bateri kemera dah low. Tak dapat flash..
 
Juga belum berkesempatan singgah di Dino Island, Lego City Airport dan Rescue Academy.
Legoland tutup jam 8.00 pm pada hari tersebut
Isnin - Jumaat jika bukan cuti sekolah Legoland tutup jam 6.00 pm.
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entri ini. Mudah2an ianya membantu..
 
 
 
 
 
Admin :
InshaAllah tour akan diteruskan
 

Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati