Bahaya Sate



Anak-anakku pengemar sate...termasuk baby Izzat. Sekarang sudah berumur satu tahun lebih. Sudah pandai makan sate sendiri.
 
Sate kegemaran anak-anak hanya Sate Kajang Hj Samuri. Mereka makan sate begitu sahaja tanpa kuah kacang. Budak2lah katakan.... Aku dan suami suka Sate Hj Samuri kerana kuah kacang dan sambal cilinya yg sedap. Resepi tersendiri. Rasa sate kajang sebenar gitu...:)

 
Aku sebenarnya dah lama tahu sate atau apa2 makanan yg dibakar atas arang memang tidak baik untuk kesihatan...cuma kadang-kala terlupa atau lalai. Pagi rabu semalam barulah aku tersedar semula bahaya sate ni. Alhamdulillah...ada hikmahnya menunggu lama di Klinik Pediatrik pagi rabu semalam.
 
Sambil menunggu giliran tu sempat juga aku menjeling ke Medik TV. Kebetulan masa aku menjeling tu  Medik TV menyiar info sihat "Bahaya Sate". Sate memang tidak baik dimakan begitu saja..Sangat berbahaya untuk kesihatan.
 
Kenapa sate bahaya???

 
Kerana sate mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah. Bila membaca perkataan barah...memang menakutkan. Dah lah makanan yg kita makan setiap hari kebanyakannya makanan yg diproses, yg diawet dan yg dikilangkan. Pendek kata semua bahan makanan bukan buatan sendiri tetapi yg dibeli di pasar atau pasar raya.

Bagi pengemar sate janganlah takut pula hendak makan sate selepas ni. Kita boleh terus makan sate....dengan syarat selepas makan sate mesti makan timun.
 
Kenapa mesti makan timun???
 
Kerana timun mengandungi anti karsinogen....SubhanaAllah, hebatnya ciptaan Allah. Ada check and balance. Sate dan timun saling melengkapi...sebab itulah timun dihidangkan bersama sate.
 
 
So...Jangan berhenti. Terus nikmati sate anda:)





Admin :
Tahniah kepada BN kerana memenangi PRU13
Ini bukan entri politik ok:)

Ulasan

  1. Kakak dulu suka makan sate tapi bila dah duduk dgn pakcik kakak masa mula-mula kerja dulu (dia business sate) sekarang dah jadi jemu. Kalau anak-anak kakak suka...

    Makan sate secucuk makan timun sehiris memadai tak? Kena lebih sikitlah bagi timun tuan jual sate jgn lokek-lokek...

    BalasPadam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati