Sabtu, 2 Mac 2013

Sekadar Memuji?



Assalamualaikum wbt...

Aku memang suka menulis. Selepas perceraian ayah dan ibu, aku  sentiasa ada idea untuk menulis. Semasa awal sekolah rendah, tulisanku berbentuk komik manusia lidi..(hahaha)...tetapi sentiasa ada mesej di sebalik komikku...”anak yg kurang kasih sayang” disebabkan ayah dan ibu tiada di sisi.
Kawan  seangkatan suka membaca komikku....walaupun mereka tidak faham mesej yg aku sampaikan....tetapi mereka nampak seronok membaca dan meminta supaya aku terus berkarya;P



Cikgu2  juga memuji...”Pandainya awak Gloria..” Aku seronok. Pujian itu memberi aku kekuatan dan kreativiti untuk terus menulis.

Bila aku kenang semula baru aku tahu kenapa cikgu-cikgu perlu memuji (kenapa orang dewesa perlu memuji..)

Pujian seorang guru kepada para pelajar penting. Pujian ibu bapa kepada anak-anak sangat penting. Penting untuk meningkatkan aura positif  dalam diri (minda seterusnya jiwa) seorang kanak-kanak....(seperti apa yg aku biasa lakukan sekarang kepada para pelajarku dan juga kepada anak-anakku.


Keyakinan diri yg jitu dibina oleh minda  yg positif.  Minda yg positif akan menunjukkan aksi yg positif (gembira, berbaik sangka, tekun berusaha dan sebagainya); inshaaAllah akan membawa kepada hasil yg positif.


Biasakanlah diri untuk memuji.....:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...