Apasal Kau Mengamuk Kat Aku? Aku Ada Ambik Laki Kau ke?

Assalamualaikum wbt...
.
Mengajar sesi petang tidaklah teruk sangat. Tidak seteruk pengalaman mengajar sesi petang di awal posting aku dulu...
.
Satu tika dulu darah memang naik sampai ke kepala, dada selalu terasa panas; baru hendak memulakan bicara, murid-murid terkejar ke sana terkejar ke sini. Boleh kau bayangkan?
.
Bukan semua, beberapa orang. Beberapa orang pun tetap menganggu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Masa dihabiskan untuk menegur mereka. Kesian murid lain yang nak belajar.
.
Sekarang pun masih ada beberapa orang murid yang masih bersikap keanak-anakan; terutama murid lelaki. Cuma pengalaman membentuk kita menjadi lebih matang, lebih bersabar dan lebih pintar berdepan dgn kerenah murid seperti itu (Sabarkanlah aku Ya Allah).
.
Murid-murid bukanlah masalah utama. Di mana-mana sekolah harian pun sama. Memang ada murid nakal, ada murid pendiam. Jika pun ada 'gangguan' dalam kelas, semuanya akan berakhir apabila kaki melangkah keluar dari kelas.
.
Masalah utama sebenarnya.....
.
Hendak dijadikan cerita...
Ada seorang guru di sekolah ini; aku panggil dia Cikgu Z di sini. Cikgu Z ini lebih senior di sekolah ini berbanding aku (kalau dikira umur memang aku lebih sikit daripadanya).
.
Sebelum cuti tahun baru cina baru-baru ini dia  mengamuk tidak tentu pasal. Entah kenapa. Kau datang bulanke? Kau bergaduh dengan laki kau ke?
.
Sedikit pun tidak memberikan kerjasama.
.
Semuanya bermula apabila jadual PdP bertukar (ditukar oleh pihak pentadbiran atas sebab-sebab tertentu)
.
Asalnya aku mengajar 5 kelas Kemahiran Hidup (KH) tingkatan 1; tetapi pada jadual baru ini aku mengajar 6 kelas KH tingkatan 2 (kelas Cikgu Z). Perubahan yang agak besar setelah sebulan begitu mesra dengan murid-murid tingkatan 1. Sayangnya meninggalkan mereka...
.
Aku  cuba menerima perubahan ini dengan berlapang dada dan berusaha untuk membuat beberapa persediaan PdP.

Antaranya....
1. Rancangan PdP Tahunan, Dokumen Standard Prestasi PBS dan Dokumen Instrumen Contoh PBS .
Aku hendak pinjam semua itu daripada cikgu z; tetapi dia minta aku pinjam dengan ketua panitia. Katanya semua salinan ada pada ketua panitia. Tapi ketua panitia kata tiada padanya; disuruh pula aku meminta pada ketua bidang. Sorong papan, tarik papan🙄
.
2. Eviden PBS Murid Tingkatan 2 Bab 1
"Cikgu, boleh tak saya minta eviden PBS murid-murid untuk direkod dan difailkan?"
"Saya tak nak bagi. Itu saya punya. Hak saya. Kalau cikgu hendak, cikgu kena buat sendiri la..."
Pulak dah!?
.
Tak kan aku nak undur balik. Mengulang semula bab 1?
Banyak lagi bab yang perlu diselesaikan. Masa terus berlalu...
.
3. Penggunaan Bengkel KH
"Cikgu saya tengok jadual cikgu free selepas rehat pada hari Rabu dan Khamis. Saya bercadang hendak guna bengkel.."
"Habis saya hendak duduk kat mana?..."
"Cikgu kan ada kelas PJPK masa tu. Saya dah periksa jadual cikgu lain, bengkel lain semua penuh"
"Okaylah. Tolong jangan usik barang-barang saya atas meja. Murid-murid tak pernah usik barang-barang saya..!"
Kamonlah...
Kau ingat kau siapa?!
.
Apa masalah kau sebenarnya? Kau ingat meja bengkel tu untuk letak buku kau?Kau ingat bengkel tu harta emak bapa kauke? Ada tulis nama kau ke di luar bengkel tu?

 
Dengarnya..
Dia 'mengamuk' pada pihak pentadbir kerana pandai-pandai tukar jadual dia. Dia dah buat semua persiapan untuk mengajar KH tingkatan 2 sejak cuti akhir tahun lepas. Kesian...
.
Dia pernah berjumpa Penolong Kanan Petang supaya dia dikekalkan untuk mengajar KH tingkatan 2; tetapi faham-faham sajalah. Pertukaran jadual PdP seorang guru akan melibatkan jadual guru-guru lain. Sistem kan...
.
Untuk pengetahuan Cikgu Z...
Bukan kau saja yang buat persediaan itu ini. Aku pun buat juga, cikgu-cikgu lain pun buat juga.
Bukan kau saja yang kecewa. Aku pun kecewa juga.
Kalau kau nak mengamuk pun, kau janganlah mengamuk kat aku. Bukan aku yang terhegeh-hegeh nak ambik kelas kau. Aku yang menurut perintah saja. Sama macam kau.
.
Paling penting, bengkel tu harta kerajaan, bukan harta kau.

Semua leteran ini hanya aku leterkan dalam hati aku (juga di blog ini😉). Malas hendak bergaduh mulut. Malas hendak layan perangai keanak-anakan cikgu seorang ni.
.
Apabila murid-murid bertanya, "Bila kita hendak masuk bengkel cikgu?"
.
"Tak ada amali, tak ada bengkel ok. kita belajar dalam kelas je."
"Alaaa cikgu"😢
.
Kesian murid, sesekali nak juga keluar daripada kelas...




Admin :
Cikgu pun manusia biasa juga, tetapi kau agak-agaklah ya.


Ulasan

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Jumpa di FACEBOOK