Assalamualaikum wbt... Sistem Pentaksiran Pendidikan Berasaskan Sekolah (SPPBS) adalah sistem yg nampak comel atas kertas....namun SPPBS adalah antara sistem pendidikan yang tidak relevan yang pernah diperkenalkan. Kenapa SPPBS tidak relevan?
Selepas tamat sesi persekolahan petang semalam, kami (guru2) menghadiri ceramah "Kerja Itu Satu Ibadah" oleh seorang ustaz jemputan dari YPEIM Pahang. Pengisiannya memang menarik sehingga menimbulkan panik (dalam hati) di kalangan guru apabila sampai kepada makanan halal dan haram yg terdapat di pasaran. Kebanyakkan makanan yg dikatakan haram (kerana mengandungi Kod E471, E472 dan lain-lain) itu memang banyak terdapat di pasaran dan biasa kita makan. Kebanyakannya terdapat pada produk berasaskan tenusu juga makanan ringgan.
Bismillah.... Gambar hiasan Setelah hampir 14 tahun jadi cikgu, aku selalu ditanya 2 soalan utama... "Seronok ke jadi cikgu?" "Kenapa nak jadi cikgu?" Soalan di atas nampak mudah. Namun agak sukar juga untuk aku menjawabnya. Soalan2 ini boleh dikategorikan sebagai soalan aras tinggi...:-) Hanya mereka yg bergelar pendidik yg tahu seronok ke tak seronok jadi cikgu ni. Seronok ke jadi cikgu? Aku mula menjadi cikgu seawal umur aku 9 tahun.
Bismillah.... Pada 12hb Mac baru-baru ini suami mengajak aku dan anak2 dinner bersama rakan kontraktornya di sebuah restoran di Pelabuhan Kelang (maaf, terlupa nama restoran) Sambil makan-makan, kami bersembang pelbagai isu, terutama isu berkaitan krisis di Lahad Datu. Entri kali ini bukanlah hendak bercerita berkenaan krisis Lahad Datu. Aku kurang arif berkenaan krisis ini; terlalu banyak spekulasi. Apa yang menariknya; beliau (kontraktor tersebut) mengatakan sepanjang kerjayanya sebagai kontraktor (iaitu semenjak Selangor ditabdir oleh Barisan Nasional (BN), sekarang Pakatan Rakyat (PR)), dia telah berjumpa dgn pelbagai jenis orang (orang politik). Katanya; kebanyakan orang BN siang hari jadi orang, malam hari jadi hantu. Kalau orang PAS, siang hari jadi orang politik, malam hari jadi orang biasa (orang yang bekeluarga; bersama keluarga). Katanya. Bukan kata aku ok. Orang BN kaya-kaya. Orang PAS sederhana saja, katanya. Bukan kata aku ok. Gambar : Ustaz Azi...
Gambar hiasan Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur. Sekarang ini saya sedang mengalami keguguran rambut yang agak teruk. Bermula apabila Alif menghampiri usia 4 bulan. Merata-rata tempat ada sahaja rambut saya..di lantai, bantal, atas katil, di sikat dan paling ketara sekali dalam bilik air
Ulasan
Catat Ulasan