Bayiku belum matang?
Ya Allah
Ya Rahim
Bersalin kali ketiga ini banyak menguji kesabaranku....
Trauma di dewan pembedahan belum selesai, aku diuji lagi...
Bayiku ketigaku Izzat berat badannya kurang dari 3kg; hanya 2.6kg sahaja. Si kakak dulu 3.0kg. Si Abang 3.3kg. Kira Izzat yang paling ringan dan kecil ketika dilahirkan, tetapi ini bukan masalahnya...
Harum dan cantik.
klik gambar:-)
Ujiannya apabila bayiku belum cukup matang. Ada 3 organ yg belum cukup matang. Bila doktor mengesahkannya, sebagai hamba ALLAH yg lemah aku tiba-tiba diserang rasa menyesal kerana membuat temujanji c-sar pada minggu ke38. Kenapa tidak minggu ke39 atau 40 sahaja? Menunggu sehingga bayiku betul2 matang. Astagfirulullah al azhim. Kita merancang, Allah juga merancang...
Aku bukan suka-suka memilih minggu ke38, tetapi berdasarkan pengalaman mengandungkan dua orang anakku sebelum ini. Sakit bersalin dan bersalin memang minggu ke38.
Adakah aku silap perkiraan? Ya Allah, jika aku yg berdosa, cukuplah aku seorang membayarnya, bukan bayiku. Ampunkan segala dosaku.
Doktor kata 3 organ Izzat belum matang...
1. Hatinya..
Dia diserang juandis masuk umurnya 3 hari. Aku tidak pernah melalui pengalaman anak diserang juandis sebelum ini, tentu sekali aku risau. Banyak laman web aku google untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Juandis. Hari ke-4 (selasa) kami dibenarkan keluar wad kerana bacaan juandis kurang dari 200. Hari sabtu terpaksa masuk wad semula, kali ini wad bayi kerana bacaan naik sampai 269. Risau sesangat.
Alhamdulillah
Alhamdulillah...
Esoknya bacaan turun ke-185. Sepatutnya boleh discaj petang itu, tetapi doktor menemui masalah lain pula.

2. Jantungnya..
Tiub jantungnya masih terbuka sebab itu jantungnya berbunyi 1, pulse, 2. Bunyi jantung normal 1, 2. Doktor pakar hanya ada hari isnin, jadi kami anak beranak perlu tinggal semalam lagi. Kasihannya Izzat. Sabar ya nak. InsyaAllah tiada apa-apa yg buruk menimpa Izzat. Tolonglah Ya ALLAH. Hanya Engkau yg boleh menolong kami. Doktor kata, insyaAllah tiub jantung Izzat boleh tertutup sendiri selari dengan tumbesarannya. InsyaAllah, amin.

3. Zakarnya...
Buah zakarnya belum turun di dalam pundi skrotum (kerandut zakar). Doktor kata insyaALLAH buah zakarnya ini akan turun sendiri ke pundi skrotumnya selari dengan tumbesarannya. InsyaALLAH, amin. (Klik Dr Hamid Arshad untuk info lanjut).

Lewat petang hari isnin, Izzat discaj. Suamiku terpaksa mengambil cuti lebih 7 hari disebabkan ujian-ujian ini.
Bermalam di hospital, mengajarku banyak perkara. Betapa ujianku ini sangat sedikit berbanding ibu-ibu lain di wad; yang masalah kasihatan bayi mereka jauh lebih membimbingkan, meresahkan.
Bermalam di hospital, mengajarku banyak perkara. Betapa ujianku ini sangat sedikit berbanding ibu-ibu lain di wad; yang masalah kasihatan bayi mereka jauh lebih membimbingkan, meresahkan.
Ya ALLAH, kau telah mengurniakan aku dengan nikmat syukur, aku mohon kurniakanlah aku dengan nikmat sabar dalam menghadapi ujian ini. Aku mohon tolonglah supaya Izzat (dan anak-anakku yg lain) dapat terus hidup dan membesar dalam keadaan sihat walafiat dan cukup sempurna sifat dan kejadian mereka sebagai manusia yg berakal dan normal. Amin.
Lagi....
Ya Allah tolonglah aku supaya aku segera pulih dan dapat terus berbakti kepada suamiku dan anak-anakku keranaMu. Amin:)
Admin :
InsyaALLAH setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya...
As-Salam. Sebelum buat sesuatu keputusan, sebaik-baiknya solat istikharah terlebih dahulu.
BalasPadam