Updated: Amaran Bahaya Untuk Penduduk Gebeng Kuantan Pahang




Gambar kredit GreenBoc


Tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang telah meluluskan permohonan Syarikat Lynas Corporation Ltd untuk membina sebuah kilang memproses dan penapisan ‘rare earth’ telah menimbulkan bantahan daripada penduduk setempat. Bantahan ini dibuat kerana bahan ‘rare earth’ yang bakal diimport dari Australia itu dikatakan mengandungi bahan radioaktif.


Menurut laporan berita New York Times, seramai 2,500 orang pekerja terlibat dalam pembinaan kilang tersebut yang menelan sebanyak AS$230 juta. Dalam masa yang sama proses perundingan dengan penduduk setempat masih berjalan.



Gambar kredit PemudaSarawak


Maksud Rare Earth...klik sini


Bagi pengurusan sisa-sisa buangan daripada kilang tersebut, Lynas akan memberikan dana yang mencukupi kepada kerajaan untuk memastikan pengurusan yang lengkap dan selamat.

Aktiviti melombong dan memproses bahan ‘rare earth’ boleh mendatangkan banyak impak negatif kepada alam sekitar. Di peringkat pemprosesan, air tosik diperlukan untuk tujuan tersebut.



Gambar kredit IdhamLim
Kilang 'Rare Earth' di Gebeng Kuantan Pahang



Kerajaan Negeri Pahang TOLONG ambil pengajaran APA YG TELAH BERLAKU di  Negeri PERAK 1985-1992


Pada tahun 1985, kilang Asian Rare Earth telah dibina oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak. Akibat daripada risiko yang dikenal pasti kesan daripada pendedahan bahan radioaktif dan pencemaran kepada alam sekitar dan penduduk setempat, maka kilang tersebut telah dihentikan operasinya pada tahun 1992 apabila bantahan yang berterusan oleh penduduk setempat.


Namun, kesan yang ditinggalkan oleh kilang tersebut adalah teruk dan sukar dilupakan. Untuk tujuan pembersihan kilang dan bahan kimia yang digunakan dalam kilang itu, Mitsubishi Chemical telah membelanjakan hampir AS$100 juta dan kerja pembersihan masih berjalan sehingga kini. Selain itu, dalam masa lima tahun selepas kilang tersebut menghentikan operasinya , seramai lapan orang telah dijangkiti penyakit leukimia dan tujuh orang daripadanya telah meninggal. Kes kecacatan semasa kelahiran juga berlaku dalam kalangan penduduk di kawasan tersebut.


Persoalan yang timbul daripada Projek Lynas sekarang ialah:

1.Kenapakah kerja-kerja pembinaan kilang tersebut dilakukan semasa sesi perundingan masih dijalankan dengan penduduk setempat?

2.Adakah kajian impak alam sekitar (Environment Impact Assessment, EIA) telah dijalankan untuk projek ini?

3.Menurut akhbar The Star, Lynas akan menyediakan dana untuk pengurusan sisa-sisa buangan daripada kilang itu kepada kerajaan. Berapakah jumlah dana tersebut? (...Persoalan lain :...akan 'sampai' ke dana tersebut kpd yg berhak?...)
4.Laporan Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia perlu diumumkan kepada rakyat, terutamanya penduduk setempat dan bukannya antara agensi-agensi kerajaan dan Lynas sahaja.

 
 
 
 
 
SUMBER : KONSUMER KINI

Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?