AL FATIHAH : Makin Ramai Mati Mengejut



Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)


Tatkala seluruh dunia seronok  melaung kegembiraan menyambut tahun baru yang tiba, ada yang meratapi kehilangan insan tersayang.

Selesai urusan pendaftaran di sekolah pagi Jumaat dua hari yg lepas, aku sempat online facebook, terkejut membaca berita kematian seorang kanak-kanak perempuan kerana  dirempuh sebuah motosikal yang didakwa sedang berlumba di Kilometer 3 Jalan Bahau-Juasseh. Kejadian berlaku pada hari Khamis 30hb Dis 2010 kira2 pukul 11.15 malam.  Mat Rempit2... kenapa asyik menyusahkan orang neh?..hishishis..


Kanak2 tersebut iaitu Siti Nur Zulaihah Mohd Zaidi, 6, yang sebelum itu menaiki motosikal bersama ibunya, Norlida dikatakan tercampak hampir 10 meter akibat rempuhan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala, badan serta kaki.

Sedihnya..Apatah lagi mengenangkan kanak2 ini sepatutnya mendaftar diri untuk memulakan pengajian tahun pertama persekolahannya pagi Jumaat keesokannya. Dia dikatakan begitu bersemangat hendak ke sekolah.

Al Fatihah, sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi anak ini.



NORLIDA yang cedera kaki sebak selepas jenazah Siti Nur Zulaihah (gambar kecil) tiba di kediaman mereka, semalam.
Norlida yg cedera sebak selepas
 jenazah anaknya (gambar kecil) tiba di kediaman mereka.


Selesai lunch di Pak Lim Nasi Arab Kuantan petang semalam aku dikejutkan oleh Berita Terkini TV3 berkenaan kematian mengejut pelakon Faizal Yusuf.




Tinggal kenangan : Arwah Faizal bersama anak sulungnya


Pelakon Faizal Yusuf meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Islam pada pukul 1.45 tengah hari ini kerana serangan jantung.

Faizal, 33, meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang hamil lima bulan dan anak sulung Mohd. Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan penyanyi Siti Nordiana.

Menurut abang arwah, Shaipul Yusuf, Faizal jatuh di bilik air sekitar pukul 9.00 pagi ini dan mula tidak sedarkan diri.

Mereka kemudian membawanya ke Pusrawi dan terus ke Unit Rawatan Rapi.

Al Fatihah buat arwah. Moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.


Lagi berita di MANGAONLINE



Hidup dizaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati dibunuh (samaada kerana rompakan atau dendam) adalah beberapa kes kematian mengejut yang sering berlaku setiap hari. Mati mengejut termasuk antara tanda-tanda kiamat semakin hampir.


Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?


Aku masih ingat seorang ustaz pernah berpesan supaya selalu memohon perlindungan ALLAH daripada mati mengejut.


Takutnya bila mengingati mati...





Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

MURTAD JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA