Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Mudahnya PRU13 Dengan CELCOM

Imej
  Assalamualaikum wbt...     Pagi tadi  mendapat mesej daripada CELCOM   Anda hanya perlu dail *888*13# untuk melihat menu pilihan anda. Ada 7 menu pilihan seperti di bawah yg anda boleh pilih...  

Assalamualaikum YB, mana janji manismu?

Imej
(Edisi kemas kini 11 Julai 2017) Bismillah dan Assalamualaikum wbt Dr Abdul Rahman Ismail (YB), Tahniah di atas perlantikan YB sebagai  Menteri Muda Pertanian Sarawak. Alhamdulillah akhirnya YB melangkah lebih jauh di dalam dunia politik. Tentu sekali ianya bukan perjalanan yang mudah. Daripada seorang doktor perubatan, seterusnya Ahli Dewan Undangan Negeri N79 Bukit Kota, hingga kini menyertai kabinet Negeri Sarawak. Tahniah sekali lagi :-) Masih ingatkah YB dengan penduduk kampung saya? YB pernah melawat kampung kami di TR Rumpang Kampung Merasam Darat di Jalan Meritam sebanyak 2 kali (Pilihanraya Negeri = PRN 2006, dan 2011); iaitu semasa YB berkempen untuk pilihanraya DUN N79. YB bertanding atas tiket Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) salah satu parti dalam komponen Barisan Nasional (BN). Ingat lagi tak? Takkan tak ingat:-) Mungkin saya patut lampirkan sedikit gambar untuk refresh ingatan YB:-)

Gambar : Zoo Negara dan Aqua KLCC

Imej
Hari ini Batrisyia dan Alif menyertai trip ke Zoo Negara dan Aqua KLCC anjuran Taska Permata Jabatan Perpaduan. Trip berlangsung mulai jam 8.30 am hingga 5.30 pm. Jom layan gambar2 mereka yg begitu teruja berkenalan dgn haiwan2.... Alif bersedia untuk melawat zoo... say peace

SPPBS: Apa Sudah Jadi?...Part II

Inilah yang aku DAPAT setiap kali hendak memasukkan prestasi SPPBS murid. Kalau berterusan begini bila agaknya kerja hendak siap? Server Error 500 - Internal server error. There is a problem with the resource you are looking for, and it cannot be displayed. Hanya prestasi SEGAK dan SATU eviden sejarah sahaja yg dapat dimasukkan ke dalam sistem SPPBS sejak DUA MINGGU lepas. Alahaiii... ADMIN : Aku tidak menghadap Lap Top 24 jam okay...

5 Hari Bercuti di HTAR

Imej
Bismillah.. Malam itu malam jumaat.... Untuk ketiga kalinya Izzat menempah percutian di HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang). Semuanya bermula dengan demam. Selepas rawatan klinik swasta tidak menjadi, kami (aku dan suami) membawa Izzat ke klinik Kesihatan berhampiran. Selepas melihat keputusan ujian darah Izzat, doktor bertugas memberitahu Izzat perlu dikejarkan ke hospital dengan segera. Allahu... Suami bersama kakak (Batrisyia) dan abang (Alif) balik ke rumah mengemas barang-barang keperluan bercuti di hospital. Aku dan Izzat naik ambulan terus ke HTAR. Cuti sekolah sudah hendak habis, tetapi Izzat baru hendak menempah katil di HTAR. Alahai..