Sabtu, 19 Januari 2013

SYABAS VS Kerajaan Selangor : Siapa Betul?



Tidak sedar masa berlalu. Begitu pantas. Kini dah hampir sebulan 2013...harap belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru semua...;)
Sejak beralih kerja ke sesi petang... aku agak sibuk. Banyak perkara perlu diselesaikan (dalam pada itu sempat juga membaca beberapa post kawan2 di Facebook dan beberapa blog;)

Tika ini ramai rakyat Malaysia khasnya golongan mahasiswa dan politik 'layan' isu LISTEN! 11X...dan kisah benar ustaz UMNO sensasi Fathul Bari Nikah Di Thailand. Tetapi aku lebih tertarik utk berkongsi dengan kawan2  mengenai 'Masalah Air' di Selangor..... Betulkah Selangor ada masalah air?...

Aku suka sangat kalau kawan2 layan video pendek ini. Pendek tapi berinformasi...Kemudian kawan2 nilailah sendiri ya :)


SYABAS Vs Kerajaan Selangor




Admin:
Sepanjang dua tahun aku tinggal di Kuantan Pahang dulu...masalah air adalah perkara biasa. Kadang2 sejam dua. Kadang2 sepanjang siang hari. Pernah juga dalam tempoh 24jam. Kena berjimat dan bergantung pada air tangki. Kalau ada air pun....air biasanya 'malu' nak keluar...
Tetapi sepanjang aku tinggal di Shah Alam...dan bekerja di Kelang, tidak pernah pula mengalami masalah air...
Jadi aku rasa confius apabila Najib kata.."..jika BN memerintah Selangor masalah air akan diselesaikan.."...BN dah lama memerintah Pahang (tempat asal Najib), tetapi masalah air di banyak kawasan di Pahang tidak juga selesai2.
Aku secara peribadi memang tidak setuju dgn Projek Langat 2.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...