eTukar : KPM Terlepas Pandang?



Anak2ku : Alif dan Batrisyia di KLIA bulan September baru2 ini


Semua guru di sekolahku yang memohon eg-Tukar antara negeri untuk Januari 2012 "TIDAK DILULUSKAN" oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Adakah KPM terlepas pandang?

Apakah terma dan syarat sebenar supaya permohonan seseorang guru itu diluluskan? Adakah semata-mata ikut opsyen (keperluan perkhidmatan)? Kebanyakan guru di sekolahku yang mengisi eg-Tukar September baru-baru ini kerana mengikut suami yang ditukarkan atas arahan perkhidmatan (termasuk aku sendiri). Ada juga atas sebab-sebab lain yang dinyatakan di ruang yang disediakan .(aku percaya pihak KPM 'tiada masa' untuk membacanya, kerana permohonan yang hendak diproses bukannya satu atau dua, tetapi beribu-ribu lemon)

Sebab permohonanku masih sama...

Ini permohonanku kali kedua tahun ini selepas permohonan eg-Tukarku pada April 2011 'gagal' atas sebab mengajar kelas peperiksaan (ini kata pegawai di JPN Pahang semasa aku 'merayu' di sana). Entah apa pula alasan mereka kali ini kerana tahun depan aku tidak lagi mengajar kelas peperiksaan.


Aku redha dengan keputusan "TIDAK DILULUSKAN" tetapi apa salahnya berusaha untuk merayu lagi?
Teringat tangisan anak-anak setiap kali menghantar ayah mereka di muka pintu untuk balik ke Shah Alam. Sedih bila mengenangkan. Aku pasti turut mengalirkan air mata, apatah lagi dalam keadaan sekarang. Emosi tidak menentu. Teringat betapa letihnya aku dalam keadaan sarat begini, balik dari kerja bukan boleh terus berehat. Perlu buat kerja rumah sambil melayan kerenah anak-anak yang masih kecil, yang selalu hendak bermanja. Anak-anak apa yang mereka tahu tentang betapa letih dan saratnya ibu mereka. Nak tak nak kena layan. Kadang-kadang aku biarkan mereka bermain berdua di ruang tamu. Aku pula melepaskan lelah di sofa berdekatan. Kasihan anak-anak....


Aku emailkan 'surat gagal KPM' dan surat rayuanku kepada suami, minta dia segera berjumpa pihak berkenaan di KPM.


Sebab rayuan masih sama....

a)  Mengikut suami bertukar tempat bertugas atas arahan perkhidmatan

b) Sedang sarat mengandung anak ketiga 9 bulan dan dijangka bersalin bulan Disember ini, insyaALLAH.

c) Mempunyai dua lagi anak yang masih kecil berusia 3 tahun 7 bulan dan 1 tahun 4 bulan yang memerlukan perhatian. Keadaan kewangan sekarang tidak mengizinkan kami mengupah orang gaji.

d) Tiada saudara mara tinggal berdekatan seandainya berlaku kecemasan.

e) Mengelakkan peningkatan beban kewangan keluarga kerana terpaksa membayar 2 buah rumah sewa; satu di Shah Alam dan satu di Kuantan. (dan gajiku setiap bulan dipotong oleh Perbendaharaan untuk membayar rumah sewa beli di Bangi. Rumah ini 'belum bersedia' untuk disewakan kpd sesiapa)
f) Mengelakkan beban kos masa, tenaga dan kewangan suami kerana terpaksa berulang-alik dari Shah Alam/Kuantan/Shah Alam setiap hujung minggu untuk melawat aku dan anak-anak.


Kepada pihak KPM..
Cukuplah menjadi salah satu faktor pemisah suami, isteri dan anak-anak. Tak perlu ikut opsyen sangat. Guru-guru serba boleh. InsyaAllah boleh mengajar subjek yang bukan opsyen. Apabila guru-guru disatukan dengan suami/isteri mereka, insyaAllah mereka dapat berkerja dengan lebih gembira dan lebih produktif.

KPM, kuasa di tangan anda. Usahakanlah untuk menyatukan guru-guru dengan keluarga mereka. Sejahtera keluarga, insyaALLAH sejahtera UMMAH:)






Admin :
-  tempoh rayuan 10-24hb November 2012.
- seorang kawan telah pergi ke KPM untuk berjumpa pegawai yang bertugas; tapi dia kata pegawai di situ tak layan. Jadi apa maknanya tempoh rayuan? Jem terus.


Ulasan

  1. As'kum..sangat memahami..banyakkan sabar ye dan terus berdoa kpdNya..inshaAllah

    BalasPadam

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Mahalnya Sumbangan PIBG

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati