RENUNGAN BUAT SEMUA IBU BAPA :)



 


Tiba di sekolah awal pagi ini, saya dikejutkan oleh Berita Harian Online dengan berita ini:

Pelajar 16 tahun rogol rakan sekolah

AMPANG: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa di sekitar Ulu Klang di sini, Jumaat lalu.



Teruknya pelajar lelaki ni dan kasihannya budak 13 tahun ini. Baru saja hendak baligh.
Saya baca lagi...


Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrahnya suci bersih


“Pasangan itu mengaku mereka sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,”

Pulak! Astagfirullahalazhim. Apa yang hendak jadi pada remaja hari ini? 


Lagi Kosmo hari ini juga melaporkan:
PETALING JAYA –  Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.



Secara peribadi saya dihujani pelbagai rasa tika membaca berita begini. Marah. Sedih. Risau.
Marah? Tidak perlu hendak cerita. Marah pada pelbagai pihak.
Sedih? Sedih kerana anak-anak ini baru baligh, baru mengenal dunia. Sedih kerana mereka adalah salah satu KORBAN 'Negara Maju'.
Risau? Saya turut risau pada diri sendiri. Mampukah saya mengasuh, mendidik, membimbing anak-anak dalam keadaan dunia yg carba marba sekarang? Risau, mampukah anak-anak saya berhadapan, menghadapi cabaran dunia mereka? Risau tentang masa depan anak-anak. Nauzubillahiminzaliq perkara-perkara mengaibkan berlaku pada anak-anak.


Saya bersetuju dengan nasihat ketua polis ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan menasihatkan kepada semua ibu bapa supaya menjadikan kes itu sebagai contoh dengan memberikan perhatian lebih kepada anak mereka terutama perempuan dan dinasihatkan tidak meninggalkan anak mereka keseorangan di dalam rumah.



Gambar-gambar di bawah ini sekadar untuk renungan kita :-


Anak-anak siapalah ni...???



Bercinta tanpa ikatan pernikahan yg sah, biar berpada-pada.
Biarlah sesuai dengan syariat/agama. Bukan begini:)




"Anak-anak yang tidak dididik dengan baik oleh orang tuanya akan dididik oleh zamannya"

Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Islam Pilihanku, Ayah Ibu