Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

SUBHANAALLAH...

Imej
"Subhanaallah indahnya ciptaan Ilahi" perkataan ini aku ulang semula tatkala menatap wajah si kecil buat pertama kalinya. Perkataan ini juga aku ucapkan dengan penuh kesyukuran di hati tika menatap wajah si kakak dua tahun yang lalu.

SATU MASA DAHULU...

Imej
Pekan Lawas yg indah dan damai Feri menuju ke Pekan Lawas Bekerja di bandar besar berbeza berbanding bekerja di pekan kecil. Dua bulan pertama penuh tekanan. Terpaksa menyesuaikan diri dengan banyak perkara. Hidup berkahwin. Tidak berkereta. Bising. Terlalu ramai orang. Barang mahal. Tempat kerja 23KM dari rumah. Rumah sempit. Rakan-rakan sekerja semua baru. Masa bekerja kadang-kala mengalahkan masa kerja di pejabat.

Di Sebalik Cermin Kaca...

Imej
 Gambar hiasan  Sudah buat keputusan, Dalilah?” “Ila belum terfikir lagi, Abah. Ila hendak habiskan belajar dahulu” Dua tahun kemudian; “Kali ni sudah bersediakah belum?” “Ila hendak kerja dulu” Sudah dua kali aku menolak permintaan abah. Sudah dua kali aku menolak niat murni abah. Bukan aku tidak tahu sakitnya hati bila permintaan kita ditolak. Sangat tahu. Namun ketika abah bertanyakan keputusan aku ketika itu, mindaku tidur. Mataku pejam. Aku tidak tahu betapa baiknya niat bapa angkatku itu ketika itu. Semuanya untuk menjaga agamaku. Kini baru aku tahu. Kini baru aku sedar. Kini baru aku terjaga. Aku terbangun oleh perjalanan hidup yang tidak semudah aku sangkakan . Percaturan hidup yang tidak seindah aku fikirkan.