Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Kapal Sin Too

Imej
Memori zaman sekolah menengah kadang kala singgah satu persatu di benakku. Antara memori manis adalah naik kapal Sin Too (aku tak ingat ejaan yang tepat, tapi bunyinya begitu). Kapal itu ditambat di jeti kepunyaan orang melayu (satu-satunya keluarga melayu di kampungku) tidak jauh dari rumah panjang kami. Jalan air adalah pengangkutan utama orang kampung ketika itu. Sebelum dinihari kami dah bangun kerana kapal itu akan bertolak seawal jam 6.00 pagi. Jam 6.00 pagi di Limbang Sarawak seperti jam 5.00 pagi di Semenanjung Malaysia. Keadaan persekitaran masih sangat gelap. Gambar hiasan.  Kredit Kompas .