Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Aku dan Cerita Penyamun

Imej
Bismillah... Kadang kala aku merasa kasihan kepada anak-anakku kerana tiada kebebasan untuk bermain di luar rumah berbanding aku semasa kanak-kanak dulu. Kebebasan mereka telah 'dicuri' oleh ketidakselamatan negara hari ini. Negara kita tidak cukup selamat untuk kanak-kanak bermain bebas lepas terutama kanak-kanak yg tinggal di pekan dan di bandar. Cukup tidak selamat. Hampir setiap hari kita mendengar kes kanak-kanak dan remaja hilang. Batrisyia dan Alif Aku kadang kala bercerita kepada anak perempuanku betapa seronoknya zaman kanak-kanakku yang tinggal di rumah panjang.