Kuching : Hujan Oh Hujan
Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal percutian di Kuching Sarawak ni. Tetapi asyik tertunda je :-). Walaupun aku berasal dari Negeri Sarawak, Kuching masih agak janggal bagiku. Bukan mudah untuk bertandang ke sini. Jika bukan disebabkan hadir kursus keguruan, memang tidak akan 'mampu' bertandang ke sini. Limbang ke Kuching...jaraknya seperti Kelantan ke Johor (lebih kuranglah). Bezanya tiada highway berkembar atau bertingkat. Cuma jalan kampung ...mungkin. Aku biasanya naik flight saja. Lebih cepat dan mudah. Percutian aku sekeluarga ke Kuching pada cuti sekolah hujung tahun lepas (2 hingga 6 Disember 2013) adalah kerana 'menemani' suami yg menghadiri kursus di Kuching...5 hari. Kebetulan pula cuti sekolah, kebetulan pula rakan sebilik hotel suami tidak jadi hadir kursus kerana masalah keluarga....maka kami rebutlah peluang tersebut (dengan kebenaran pihak penganjur). Bilik hotel free , makan sendiri2 la yea;-) Alhamdulillah memang rezeki kami anak beranak.. ...