Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Islam Pilihanku, Ayah Ibu

Bismillah... Ketika menghadiri Kursus Asas Perbandingan Agama kelolaan Interative Da'wah Training (IDt) , aku berpeluang berkenalan dgn seorang saudara baru (muslimah). Kebetulan dia duduk bersebelahan denganku. Orangnya masih sangat muda. Aku kira dia masih belajar lagi. Berbangsa cina. Aku tahu dia berbangsa cina apabila terdengar dia bercakap dengan seorang urusetia yg berniqab. "Masih belajar ke? Kat mana?" "UNITAR.." "Berapa lama dah memeluk islam?" "2 tahun.." "Satu family atau awak seorang saja?" "Saya seorang..." "Parents dah tahu ke?" "Belum.."

Kawan Terbaik Sekolah Menengah

Imej
P engalaman bersekolah menengah terutama menengah atas adalah pengalaman yang paling menyeronokkan😊 Semasa tingkatan 5 aku mempunyai 5 orang kawan baik. Jadi kami ada 6 orang. Kami berenam duduk di barisan pertama dan kedua paling depan di dalam kelas. Aku duduk di barisan kedua paling tengah. Kami menamakan kumpulan kami Goddes of Ros es (nama ini diambil pengaruh daripada cerita dongeng yang popular akhir tahun 1980an) Kami agak nakal (ala..nakal-nakal remaja; tetapi masih tetap pandai menjaga diri). Nakal kami di kalangan kami sahaja.(sesekali cikgu-cikgu pun kena bahan oleh kami😂) Walaupun kami 6 orang. kami ada kawan rapat masing-masing. Rose dengan Winie. Simba dengan Madu. Saya dengan Monica. Dalam 3 pasangan ini; Rose dengan Winie paling nakal dan mereka juga yang paling cantik 😍.