Perbezaan Asas Agama Kristian dan Islam
Assalamualaikum wbt...:) Semasa aku beragama kristian dulu, Al Kitab adalah sahabat baikku. Aku memang selalu membaca Al Kitab. Setiap kali sebelum tidur aku akan membaca Al Kitab. Al kitab aku akan letakkan di tepi bantalku betul-betul dekat kepalaku..entahlah mungkin sebagai protection atau memudahkan aku mencapainya. Selama 23 tahun hidup sebagai penganut kristian..rasanya aku telah khatam Al Kitab itu lebih 10 kali...(sebenarnya aku tak kira pun). Aku lebih suka membaca Perjanjian Lama berbanding Perjanjian Baru. Perjanjian Lama banyak bercerita tentang kisah2 nabi sebelum Nabi Isa as. Perjanjian Baru kebanyakkannya mengandungi surat2 pengikut Jesus. Daripada 27 surat (jemaah kristian lebih suka mengelarnya sebagai injil), 11 adalah surat yg ditulis oleh Paulus atau Saint Paul. Siapakah Saint Paul?