Selamat Tinggal Kuantan Pahang
Alhamdulillah....selepas tiga kali mohon eg-tukar, akhirnya dapat juga aku kembali ke Selangor. Sayu, sedih meninggalkan Kuantan. Banyak kenangan manis di sini. Rakan2 guru yg banyak membantu. Staf pejabat yg mesra. Jiran2 yg baik. Entah akan aku temui suasana begini di tempat baru? Paling sayu apabila terpandang muka para pelajar yg bakal ditinggalkan khasnya para pelajarku di tingkatan satu. Muka2 nakal, tetapi penuh harapan dan masih suci. Dalam senyumku, mengalir juga air mataku. Mudah2an mereka mendapat guru yg lebih baik, yg boleh mendidik dan membimbing mereka mengapai cita2 dan kecemerlangan Dalam keseronokan dapat kembali ke Selangor, ada juga yg tak seronoknya.... Hajat hati hendak mengajar di sekolah berdekatan dgn rumah sendiri di Bangi, tetapi JPNS melontar aku jauh ke Klang....atas alasan ikut SISTEM. Sistem?