Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

DOSA DI FACEBOOK :(

Imej
Dosa kecil disebut oleh nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya. Fenomena mania laman sosial seperti facebook, twiter, blog dan sebagainya telah memberi laluan kepada berkembang biaknya dosa kecil ini.... Antara dosa kecil di Facebook ialah :- Memaparkan minat kita pada rancangan televisyen atau movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti 'Desparate Housewives', 'Friends', 'Pretty Women', 'Notting Hill', 'Kuch Kuch Hota Hai', 'HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya. Tontonan yang jelas bercampur aduk dosa itu, kita kongsikan dengan orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada ketika bercerita adegan menarik mengenainya, mungkin dalam ulasan kita . Atau lebih teruk lagi dipamerkan di Facebook sebagai filem (...

SIAPAKAH KITA??????

Imej
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

TIP-TIP BERCINTA DALAM ISLAM :)

Imej
Gambar Hiasan Seorang mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya. Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya. "Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai. "Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya," kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan-santun dan pandai menjaga hatinya."Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka," katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota. Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.

INDAHNYA ISLAM : Hikmah Sujud :)

Imej
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah  bersujud adalah :