SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat menyambut Aidiladha buat semua kaum muslimin dan muslimat
di seluruh Malaysia khasnya pelawat2 blogku yg setia :)




Hari raya Aidiladha bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail as dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Solat sunat Aidiladha seelok-eloknya diawalkan. Biasanya seawal jam 8.00 pagi. Hikmahnya diawalkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi banyak masa untuk penyembelihan korban.

 


Disunatkan makan selepas solat Aidiladha supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.  Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin (Islam sahaja).


Ada buat korban ke tahun ni???





Ulasan

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Pesanan Buat Semua Pelajarku

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

Kenapa Aku Menjadi Cikgu?