Ahad, 15 Februari 2015

Akukah Yang Bersalah?


Aku mula berasa tidak seronok untuk pergi ke sekolah. Pergi ke sekolah setiap awal pagi bukan sesuatu yang menyeronokkan lagi bagi aku. Sekolah tidak ubah seperti penjara bagi aku. Penuh dengan kawat berduri. Entah bila aku boleh melarikan diri daripada penjara ini. Rasa ingin berteriak. Rasa ingin menjerit kepada satu dunia. Aku bosannnn!



Aku tidak pasti sama ada aku patut senaraikan di sini atau tidak sebab kepada ketidakseronokan itu. Blog ini bukan diari. Bukan juga sebuah biografi.  Aku cuma punya satu kelebihan. Blog ini tidak mempunyai ramai pengikut. Tdak mungkin beribu atau berjuta orang membacanya. Mungkin hanya seorang atau dua orang. Terima kasih kerana singgah di sini:-)

Murid-murid bukan penyebab aku berasa tidak seronok. Ini bukan sekolah yang pertama. Ini sekolah aku yang keenam. Perwatakan murid-murid tetap sama, Nakal-nakal remaja. Mereka tidak pernah membosankan. Jika pun ada tingkah mereka yang membuat aku terasa hati, ianya akan berakhir apabila aku keluar kelas. Mereka yang menarik aku untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru. Aku seronok berjumpa murid-murid setiap hari. Aku seronok sebenarnya menjadi seorang guru jika hanya perlu berjumpa murid-murid.

Apa yang menyebabkan aku tidak berasa  seronok pergi ke sekolah???

Luahan di blog ini mungkin akan membuat beberapa orang terasa hati. Mungkin juga akan membuat beberapa orang rasa menyampah. Mungkin juga tiada yang perduli. Apa-apa sajalah. Minta maaf banyak-banyak jika ada yang terasa.

Aku mengajar sesi pagi tahun ini. Tiga orang guru pula ditukarkan ke sesi petang. Dua  daripada tiga orang guru berkenaan kedengarannya merungut. Sehingga ke tarikh entri ini diterbitkan hampir setiap hari aku mendengar rungutan mereka...meskipun hanya sebaris ayat Tetapi hanya beberapa ayat ini yang paling melekat di hatiku. Membuat aku terasa. Berasa tidak seronok. Mereka seperti menyalahkan aku. Seolah-olah akulah penyebab mereka bertukar ke sesi petang. Kadang-kadang aku turut berasa bersalah...jauh di dalam hati. 

"Akak sajalah pindah ke petang. Akak tak faham. Bukan mudah nak mencari pengasuh....." Memang tidak mudah mencari pengasuh. Apatah lagi pengasuh yang betul-betul ikhlas hendak menolong. Hendak buat macam mana.....

"Suami saya selalu tiada di rumah. Saya seorang saja yang menguruskan anak-anak. Rumah saya pula jauh daripada sekolah." Saya juga pernah melalui pengalaman  berjauhan dengan suami melebihi dua tahun. Menguruskan anak-anak kecil  bersendirian. Sekarang pun masih menguruskan anak-anak bersendirian kerana faktor kerja suami. Rumah pun masih jauh daripada sekolah. Hendak buat macam mana....Inilah cabaran menolong suami mencari rezeki.

"Sebab akaklah saya pindah ke petang ni....." Pulakkk

Alahaiiii...takkan disebabkan aku seorang, tiga orang guru pagi dipindahkan ke petang? Dahsyat juga. Apabila guru lebih ramai ditukarkan ke sesi petang, itu bermakna guru sesi petang tidak mencukupi. Malahan cikgu praktikal pagi pun dialihkan ke petang. Takkan itu tak boleh nak fikir. Dalam mereka 'berusaha' menyalurkan caj-caj negatif itu, aku kadang-kala berasa lucu. Entahlah...

Rungutan, rintihan dan keluhan mereka tidak perlu didengar sangat. Pekakkan telinga. Tidak perlu mengintai muka-muka masam. Tidak baik untuk tenaga positifku. Aku memujuk diriku setiap hari persekolahan.

Buat selamba. Siapkan kerja.


Aku bukan sesuka hati memohon mengajar pagi. Aku memohon mengajar pagi disebabkan ketiga orang anak kecilku telah mula bersekolah sesi pagi. Jika bukan disebabkan persekolahan anak-anak, aku lebih suka mengajar petang. Demi anak-anak, aku korbankan nama baikku untuk kembali mengajar sesi pagi.

Terima kasih diucapkan kepada pengetua dan para-pentadbir sekolah kerana telah meluluskan pemohonanku ini. Budi baik kelian semua akan tetap dikenang...(buat ucapan sekejap..heee;-P)

Sebenarnya aku tidak faham kenapa kebanyakan cikgu pagi begitu alah jika ditukarkan ke sesi petang? Sampai sekarang aku masih tidak faham.


Betul-betul tidak faham ....


Anda fahamkah???




p/s : Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang begitu sensitif untuk diceritakan di sini. Biarlah rahsia:-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...