Selasa, 4 Disember 2012

Selamat Tinggal Sesi Pagi


Assalamualaikum wbt..
Lewat petang tadi aku menerima panggilan dari puan pengetua..."..tahun depan cikgu mengajar sesi petang ya..."
What??!
Pada mulanya aku membantah juga. Aku bukan yang menurut perintah sangat. Aku sudah lama tidak mengajar sesi petang. Mengajar sesi petang bermakna perlu berurusan dengan kanak-kanak bawah 15 tahun. Adoi! Aku memang fail bab ini. Tambahan pula banyak benda kena adjust, terutama taska anak-anak.
"Ada guru cemerlang baru akan masuk mengajar tahun depan. Kami kena utamakan yang lebih penting untuk mengajar sesi pagi."
Ayattt...
'Utamakan yang lebih penting'? Adakah aku tidak penting? Adakah guru-guru yg mengajar sesi petang tidak penting?

Komik hiasan :)

Adakah guru yang penting dan tak penting? Macam mana aku boleh tak tahu guru ada 2 kategori selama ni. Hmmm...
Aku baru 4 bulan mengajar di sekolah ini. Tidak pernah tidak menyelesaikan kerja...dan aku masih dalam proses menyesuaikan diri. Cakap banyak pun tak guna. Aku bukan bos. 

"Minta maaflah cikgu. Bukan cikgu tidak penting, tetapi cikgu sendiri yang tidak mahu mengajar kelas peperiksaan. Sesi petang tiada peperiksaan. Hanya ada SPPBS"
Rupanya....
Aku pernah memohon secara lisan kepada Penolong Kanan I sebelum cuti sekolah akhir tahun ini supaya tidak menempatkan aku mengajar kelas peperiksaan. Bukan aku sesuka hati tidak mahu mengajar kelas peperiksaan. Ada sebab.

Kata-kata pegawai yg incaj eg-tukar di JPN Pahang dulu masih menyanyi-nyanyi di telingaku...
"Jika mengajar kelas peperiksaan, pemohonan pertukaran tidak akan diluluskan".
Suami aku pula selalu bertukar tempat berkerja. Jadi aku kena stand by. Di mana suami, di situlah seorang isteri patut berada. Keluarga perlu diutamakan. Hihihi
Kelas peperiksaan bermakna kelas tingkatan 3 dan tingkatan 5.; bukan tiada peperiksaan langsung...
dan aku benci SPPBS.

Apa boleh buat..
Selamat tinggal sesi pagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...