Sedihnya....Bayi Tertidur Atas Mayat Ibunya



Sedih sesangat baca kisah ''Bayi Tertidur Atas Mayat Ibu'' di BHonline hari ini...


Gambar Hiasan
 
 
''Tangisan berterusan bayi berusia tujuh bulan terjawab apabila dia ditemui tertidur di atas mayat ibunya selepas 14 jam, dipercayai kerana kelaparan dan kepenatan.

Dalam kejadian menyayat hati, Normaya Mokhtar, 33, dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira jam 6 petang Rabu lalu di Kuarters Perumahan Guru Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh dan mayat mangsa bersama anaknya yang tertidur hanya ditemui jam 8 pagi kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa yang bertugas sebagai guru bahasa Jepun di sekolah itu tinggal berdua bersama bayinya di rumah yang berkunci, manakala suaminya bekerja di Johor Bahru...''

 
 
Membaca beberapa komen beberapa rakan di FB ada benarnya...
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) patut mengambil pengajaran atas apa yg berlaku pada guru ini. Jangan sesekali memisahkan suami isteri atas alasan 'tiada kekosongan', 'tidak cukup syarat' dan bla..bla...apatah lagi jika suami isteri tersebut sudah beranak-pinak. Kepada Ketua Jabatan, tolong bagi sokongan. Jika sesuatu yg buruk berlaku (apa saja) kpd suami atau isteri ataupun anak2 yg terpisah tersebut; Ketua Jabatan yg tidak memberi sokongan dan pihak yg incaj pertukaran di KPM secara langsung turut bertanggung jawab (secara langsung bro...).
 
Jodoh, ajal maut memang ketentuan Ilahi....tetapi setiap perkara yg berlaku pasti ada sebabnya. Sebab kpd guru tersebut meninggal krn tidak mendapat bantuan awal untuk 'serangan jantungnya'. Sebab kpd gagal mendapat bantuan awal krn dia tinggal bersendirian jauh daripada suaminya. Sebab kpd tinggal berjauhan dengan suaminya kerana KPM tidak meluluskan pertukarannya ke Johor Bahru..(Allahu'alam)
 
 
Fikir2kanlah KPM....
Fikir2kanlah Ketua Jabatan....
Tempat terbaik seorang isteri adalah di sisi suaminya, insyaAllah:)
 
 
Al Fatihah buat arwah. Moga arwah dirahmati dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. Aameen.



 
 
 

BACAAN POPULAR

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

Panduan Menyiapkan Tugasan PT3 SEJARAH 2015

Tanah NCR Aku Diceroboh II

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati