Rabu, 2 Mei 2012

Hakim Dimurtadkan. Di mana Ibunya?




" Wahai orang2 yang beriman,
jika kamu menolong (agama) Allah
nescaya Allah akan menolong kamu
(untuk mencapai kemenangan) dan
meneguhkan tapak pendirian kamu"

Maksud Surah Muhammad :7



“Awak jangan hendak memandai-mandai membawa anak saudara awak tu masuk islam?!” Indai (panggilan utk emak dalam bahasa iban) call aku isnin baru-baru ini. Marah betul indai.

“Bila masa pula saya membawa dia memeluk islam. Itu 'kuasa' emak dia.” Aku cuba bertenang.

“Jadi kenapa awak pandai-pandai call sekolah dia?”

“Bila saya call sekolah dia?. Siapa beritahu indai?”

“Jumaat lepas cikgu panggil dia. Tanya dia macam-macam dan minta ic dia”…ya ke? Alhamdulillah…

“Indai, saya hendak tanya indai. Apa yang indai takut sangat pada islam?...”

Emak aku terus meletakkan telefon. Sebenarnya aku tidak suka berbual-bual bab agama islam dengan emak. Aku selalu mencuba; tapi emak tidak pernah mahu mendengar. Emak suka mengalihkan topik perbualan setiap kali aku mula bercerita tentang keindahan agama islam ini.

Post kali ini bukanlah berkenaan “kenapa emak aku benci islam?” tetapi berkenaan dengan anak saudara aku yg telah dimurtadkan.

Cerita sebenarnya bermula begini…..

Adik aku Jannah mula memeluk islam di Berakas Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam (Brunei) pada 1 Jan 2008 secara senyap-senyap. Disebabkan Jannah ibu tunggal dan anak dia (Hakim) yang ketika itu berusia 9 tahun (belum baligh) maka secara automatik Hakim pun turut memeluk islam (walaupun jasad dia tiada di situ ketika itu).

Emak dan adik beradik aku yang lain mengetahui pengislaman Jannah kira-kira setahun selepas itu. Emak berpesan awal-awal “jangan sesekali membawa Hakim memeluk islam!”

Semasa Hakim tahun Empat persekolahan, aku dan Jannah merancang supaya Hakim tinggal bersama keluargaku dan bersekolah di sini (Selangor ketika itu). Perancangan ini dibuat bagi memudahkan Hakim belajar asas fardhu ain dan mengaji al Quran. Pertukaran sekolah Hakim dari Limbang Sarawak ke Selangor pada September 2009 mendapat restu daripada emak atas sebab untuk mendapatkan pendidikan yg lebih baik (kerana aku cikgu sekolah katanya. Hahaha).

Di Selangor Hakim belajar di Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) pada sebelah petang dan belajar mengaji al Quran selepas kelas KAFA setiap hari isnin hingga jumaat. Dia seorang budak yang gigih dan cepat belajar. Belum seminggu dia sudah pandai solat sendiri (solat isyak biasanya kami sekeluarga berjemaah. Suamiku jadi imam). Bulan Julai 2010 dia sudah boleh mengaji sampai juzuk yang ke3.

Kenapa sampai hingga bulan Julai 2010?...

Julai 2010 Hakim kembali semula ke Limbang Sarawak bersama neneknya (emak aku). Emak aku datang ke Selangor sebelum itu untuk menjaga aku yang sedang berpantang selepas melahirkan anak yang kedua (puas jugalah menutup 'identiti' islam Hakim masa neneknya ada. Kenangan betul..)

Apabila Hakim kembali ke Sarawak...
Aku dan Jannah merancang supaya Hakim bersekolah di Brunei berdekatan dengan tempat kerja Jannah. Tiada tempat paling baik untuk seorang anak melainkan di sisi ibunya. Disebabkan Hakim lemah dalam bahasa English, dia tidak diterima masuk bersekolah di situ (Brunei). Nak tak nak dia terpaksa kembali ke Limbang, tinggal bersama keluarga adikku yg seorang lagi, Annasya (kakak kepada Jannah dan bukan nama sebenar☺). Aku mula tidak sedap hati. Annasya seorang penganut kristian Sidang Injil Borneo (SIB) yang taat (Habislah..)


Klimaks cerita benar ini bermula di rumah Annasya, apabila Jannah menyerahkan bulat-bulat penjagaan Hakim kepada Annasya.

Hakim seorang budak lelaki yang suci bersih telah dibasuh otaknya oleh Annasya dan neneknya (emak aku la). Dua tahun lebih dari cukup untuk membasuh otaknya, seterusnya hatinya (sedihnyalah😓).

Aku mengetahui berkenaan ‘agama baru’ Hakim ini bulan lepas apabila aku menghubunginya. Dia memberitahu, dia kini mengambil mata pelajaran pendidikan moral di sekolah menengah; (sedangkan semasa di sekolah rendah dia mengambil mata pelajaran pendidikan islam).


Hari ini juga aku telah menghubungi Ustazah Noraizah (Guru Kanan Kemanusiaan di Sekolah Hakim di Limbang Sarawak). Ustazah mengatakan mereka tidak boleh memaksa Hakim mengambil mata pelajaran pendidikan islam kerana:

a) Dia sendiri yang memilih untuk kembali kepada Kristian.

b) Kad pengenalannya menunjukkan dia kristian dan tiada bukti dokumen yang mengatakan dia islam (Allahu!!! Sudah berbuih mulutku mengingatkan Jannah lama dulu supaya menukar I.C anaknya sebelum anaknya melangkah ke sekolah menengah)

c) Penjaganya (Annasya) telah menunjukkan surat kuasa hak penjagaan bersumpah yang ditandatangani oleh Jannah; dan pada hari isnin yang lalu (30 April 2012) Annasya dengan tegas mengatakan kepada ustazah yang Hakim beragama kristian. (Allah!!!..)


Di manakah Jannah ibu kandungnya? Brunei dengan Limbang bukannya jauh. Dekat sangat…



Sudah banyak mesej aku hantar kepada Jannah sebelum ini dan sehingga hari ini untuk memaklumkan dia supaya:

a) Berjumpa dengan pihak sekolah dan menyerahkan salinan bukti pengislaman dia dan anaknya.

b) Mendapatkan surat sokongan daripada Pusat Dakwah Islam di Brunei untuk dimajukan ke Pejabat Pelajaran Brunei supaya anaknya dapat bersekolah di Brunei (dan tinggal bersamanya)

c) Berjuang habis-habisan untuk mempertahankan akidah anaknya. Satu-satunya anaknya.

Kenapa begitu mudah menyerah?!

Namun satu mesej pun tidak berbalas. Pelik. Sedangkan dia seorang yang agak aktif berFaceBook.

Panggilan telefon pun tidak berjawab.

Apa lagi yang boleh aku bantu?
Apa lagi?

Banyak perkara yg aku kesalkan berhubung tragedi ini. Seandainya dapat aku undur balik masa, banyak perkara ingin aku baiki. Banyak...

Tapi dalam banyak-banyak kekesalan; YANG PALING AKU KESALKAN ialah sikap Jannah emak kandung Hakim sendiri, yang masih berdiam diri sehingga ke hari ini.



Buat adikku Jannah di sini kakak lampirkan beberapa kisah yg mungkin boleh menjadi sumber inspirasimu sebagai seorang ibu dan sebagai seorang yg mengaku dirinya beragama islam. Plz klik..

SAUDARA BARU MENJADI KEKASIH ALLAH

KENAPA AKU BERTUDUNG?

MENGAPA ISLAM?

MENGAPA SAYA MEMILIH ISLAM



Tolong jangan lalai dan ingatlah sabda Nabi saw
bahawa mereka ( org kafir ) tidak akan sekali -kali redha
dengan kamu (org Islam ) sehinggalah
kamu masuk ke dalam golongan mereka.



p/s : Ya ALLAH yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami di dalam islam dan tolonglah Hakim supaya kembali kepada agama fitrah ini satu hari nanti. Amin Ya Rabbil A'lamin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...