Khamis, 3 Mac 2011

ApaBila KuBUR MenYERU....Huhuhu..

Gambar hiasan


Masa sarapan pagi tadi, aku sempat borak2 ngan bos berkenaan dgn kisah rakan2 yg ahli keluarga mrk meninggal dunia. Macam2 cerita. Hendak share kat sini, aku bukan pandai sangat bercerita...

Paling kesian kes rakan muda + anak2 kecik ditinggalkan suami yg tiba2 mati mengejut/kemalangan...

Paling menyayat hati apabila pelajar sendiri yg tiba2 meninggal dunia...biasanya krn KEMALANGAN di jalan raya.

Bila mengingati mati ini, memang takut. Kematian itu PASTI. Cuma MASA kita, kita tidak tahu BILA. So post kali neh aku nak kongsi sikit berkenaan dgn kubur neh. Buat renungan kita semua (terutamanya aku sendiri yg selalu sgt leka dgn keindahan dunia..huhuhu)


KUBUR sebenarnya setiap hari menyeru manusia. Iaitu sebanyak 5 KALI..(hisss..Kalo le kita sume bole mendengarnya...CONFIRM tiada yg leka)


5 SERUAN kubur itu berbunyi macam neh...(kalau dalam BM la...)

1. Aku rumah yg terpencil, maka kamu akan senang dgn selalu membaca Al Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dgn tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan BISMILLAH sbg penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka bacaan "Laa Ilahailallah, Muhammad Rasulullah" supaya kamu dapat menjawab kepadanya.






Sumber : HIDAYAH Jan 2006



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...