DOSA DI FACEBOOK :(






Dosa kecil disebut oleh nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain.


Namun demikian, dosa kecil boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Fenomena mania laman sosial seperti facebook, twiter, blog dan sebagainya telah memberi laluan kepada berkembang biaknya dosa kecil ini....

Antara dosa kecil di Facebook ialah :-

  • Memaparkan minat kita pada rancangan televisyen atau movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti 'Desparate Housewives', 'Friends', 'Pretty Women', 'Notting Hill', 'Kuch Kuch Hota Hai', 'HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.

  • Tontonan yang jelas bercampur aduk dosa itu, kita kongsikan dengan orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada ketika bercerita adegan menarik mengenainya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di Facebook sebagai filem (movies) yang diminati, drama disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.


Kita bimbang keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang dan juga diri sendiri.


Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai 'like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej Islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat.Contahnya movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi Al-Quran dan sebagainya.


Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.
 
 
 
Paling banyak di FACEBOOK (yang ini kategori dosa besar)....
 
  • Mendedahkan dosanya melalui gambar/video. Gambar/video seperti  ketika sedang minum arak, menghadiri parti penuh maksiat, menghadiri majlis dosa, sedang berpelukan lelaki wanita bukan mahram, bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram. (Walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan).

  • Memaparkan gambar/video diri sendiri dan juga individu lain dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna (seperti tidak bertudung, berpakaian menjolok mata, bertudung tetapi berbaju lengan pendek, bertudung tetapi tidak melabuhkan tudungnya menutupi dada dan sebagainya)


Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri.



Rasulullah bersabda, maksudnya :

"Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah."



[Dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syeikh (Al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh Al-Zahabi.]

 

 
 
 
 
 
 
 
 
Disunting dari artikel 'Promosi Maksiat dan Buka Aib Sendiri' oleh Ustaz Zaharuddin di www.iluvislam.com




Ulasan

Catat Ulasan

BACAAN POPULAR

Pesanan Buat Semua Pelajarku

Kod Makanan E471, E472 - Halal atau Haram?

BAHAYA POLISTERIN: Tolong Berhati-hati

SAPS Memang Lembab! Tensionnya.

Jumpa di FACEBOOK