Jumaat, 29 Oktober 2010

TERLARIS DI PASARAN :)


(juga sedikit tip membeli belah di KEDAI BUKUku)






Buku "Indahnya Hidup Bersyariat" tulisan Dato Hj Ismail Kamus ini masih lagi mendahului carta buku bertemakan agama yang terlaris di MPH (sehingga tarikh ini, betulkan saya... jika tersilap).

Aku telah memiliki buku ini. Buku ini memang best. Tulisannya ringkas tapi mudah difahami. Ilustrasi yang hidup dan menarik memudahkan lagi pemahaman. Buku ini menjadi sumber rujukan anak saudaraku yang baru memeluk islam untuk belajar asas fardhu ain, terutamanya yang berkaitan dengan solat. Dia yang baru tahun lima lebih suka membaca buku ini sebagai panduan berbanding buku-buku lain kerana ia lebih berwarna warni .

Memang menarik. Amat berbaloi memiliki buku ini. Buku yang memberi panduan lengkap mengenai kehidupan kita seharian sebagai seorang muslim. Hatta keluar masuk tandas sekali pun. Ia boleh didapati di mana-mana kedai buku di seluruh negara seperti MPH........juga di KEDAI BUKUku. Macam2 buku, majalah dan dvd dijual secara online di sini:)


Di sini ada sedikit TIP untuk memudahkan anda shopping di kedaiku :

a) Klik butang DAFTAR MASUK untuk mendaftar sebagai pengguna.
Anda isikan maklumat yang tepat berkenaan dengan anda pada borang yg disediakan terutama berkaitan dengan alamat surat menyurat (untuk memudahkan penghantaran buku) dan email anda.

b) Pengesahan ID pengguna melalui email.
Selepas anda selesai mengisi borang pendaftaran, pihak admin pada masa itu juga akan menghantar email untuk mengesahkan ID pengguna anda.
Apa yg perlu anda buat, jenguk2lah email anda...buka email daripada stormreaders untuk mengaktifkan id anda.

Selepas tu SELESAI....bolehlah anda shopping online "MEMBELI BELAH DI MANA-MANA SAJA" dengan menggunakan id pengguna anda.

Kaedah pembayaran yg diterima ialah 'bank in' dan 'kad kredit' :)


Sebarang pertanyaan berkaitan pembelian atau BERMINAT UNTUK MEMBUKA KEDAI BUKU SECARA ONLINE sendiri..bolehlah kontek aku ya.  Senang je..:)




Sebarang pertanyaan berkaitan dengan kedai bukuku, please call/sms Gloria di 013-8371409


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...