Selasa, 21 September 2010

Lagi cerita orang kena BUNUH!!!

Dalam kita beraya sakan baru-baru ni, ramai juga saudara islam kita yang lain turut bersedih kerana kehilangan orang tersayang.

Al Fatihah....

Kes 1: Datuk Sosilawati dan tiga lelaki yang lain DIPUKUL, DIBUNUH, DIBAKAR DAN DIBUANG

Kes yang paling mengemparkan seluruh tanah air di saat-saat kita nak menyambut raya, di saat kita masih sibuk shopping raya.


untuk mengikuti kronologi kes sila clik http://www.cikgudahlia.com/2010/09/kes-bunuh-sosilawati-dan-tiga-individu.html



Kes 2: MAYAT BAYI LELAKI DITEMUI
 
Berdasarkan laporan berita Kosmo Online 21 Ogos 2010, seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir.

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/08/kes-terkini-pembuangan-bayi-mayat-bayi.html

Kes yang berlaku hampir setiap hari di negara kita. Entah apa hendak jadi dengan sesetengah manusia yang tidak lagi serupa manusia hari ini. Setiap kali terbaca kes begini, hatiku pasti menangis, air mata pasti menitis. Memang benar kata ustaz aku dulu, penghuni syurga paling ramai terdiri daripada kanak-kanak.



Kes 3: TIGA LAGI TERBUNUH

KERETA Perodua Kancil remuk selepas dilanggar lori JKR Daerah Hilir Perak di KM-7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan pada 17 Ogos 2010. Nahas itu mengorbankan tiga warga Indonesia manakala dua yang lain termasuk bayi enam bulan cedera parah.
KERETA Perodua Kancil remuk selepas dilanggar lori  JKR Daerah Hilir Perak di KM-7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan, semalam. Nahas itu  mengorbankan tiga warga Indonesia manakala dua yang lain termasuk  bayi  enam bulan  cedera parah.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3lagiterbunuh/Article/

Ini bukan dibunuh tetapi terbunuh. Setiap hari ada saja cerita kemalangan. Ini cerita yang paling tidak mahu didengar. Ngeri betul. Kalau tidak melanggar, kena langgar. Paling kasihan orang yang ditinggalkan. Nauzubillahiminzaliq.

 

Kes 4: PEMBUNUHAN DI BUMI PALESTINE

(Sumber: Berita Harian 06 September 2010)

BANDARAYA GAZA: Baru dua hari berlalu rundingan damai Israel-Palestin, rejim zionis Tel Aviv melancarkan serangan udara terhadap semenanjung Gaza ketika penduduk wilayah Palestin itu sedang menjalankan ibadat puasa.


Pesawat tempur Israel itu melancarkan tiga serangan ke atas Gaza menjelang tengah malam kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, seorang cedera dan dua lagi masih hilang, kata sumber keselamatan dan perubatan.

SEORANG  mangsa serangan udara Israel diberi rawatan di sebuah hospital di  Najar,   Rafah, selatan Gaza, kalmarin.
SEORANG mangsa serangan udara Israel diberi rawatan di sebuah hospital di Najar, Rafah, selatan Gaza.a

Bersyukurlah kita yang berada di bumi Malaysia. Walaupun jenayah berada di mana-mana, tetapi telinga kita tidak didendangkan dengan bunyi meriam atau senjata api setiap masa. Saudara kita di Palestine, berpuasa di siang hari belum tentu berkesempatan berbuka di petang hari. Tiada  lain mereka inginkan melainkan kemenangan atas tanah air sendiri atau mati syahid.

Kes seterusnya...infiniti...tak terhingga. Terlalu banyak. Entah apa hendak jadi dengan dunia hari ini.

Sesungguh dari ALLAH kita datang kepada ALLAH jua kita akan kembali....

Eeee takutnya bila mengingati mati. Paling takut sebab kita tak tahu bagaimana agaknya cara kita mati. Moga kita mati dalam keadaan baik dalam keadaan beriman kepada ALLAH dan dalam keadaan ALLAH redha kepada kita. Amin.

Doa untuk mengekalkan keimanan hingga ke hujung nyawa;

"Ya ALLAH janganlah Engkau pesongkan hati kami selepas Engkau memberi pertunjuk kepada kami. Kurniakanlah kami dengan RahmatMu dan pertolonganMu kerana
 Engkaulah sebaik-baik penolong bagi kami"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...